Apakah wujud zakat gaji?

Oleh Tuan Hasan Tuan Lah.

Apakah Zakat Maal alMustafad itu thabit?

Zakat yg thabit dgn nas yg jelas ialah zakat emas, harta perniagaan, pertanian dan ternakan. Manakala zakat pendapatan (yg saya dapat faham dari soalan ini) ialah zakat Mal alMustafad yg diperkenalkan (istilahnya) oleh Dr alQaradawi dalam tesis PhDnya sebagai ‘Maal alMustafad’ yg bermaksud harta perolehan/pendapatan yg meliputi gaji, upah, imbuhan, bonus, honorary, pencen, subsidi dan ganjaran (fringe-benefits), dll.

Zakat Mal Mustafad ini adalah produk ijtihad dan kita akan bahaskan samada zakat ini thabit dan wajar diwajibkan kepada umat Islam hari ini (Fiqh Zakah, 490). Ia sebenarnya berasal dari Syaikh Muhammad alGhazali rh (Syaikh Muhammad alGhazali, alIslam wal Audho’ al Iqtisyodiyah, ms 104)

Sekarang mari kita lihat bagaimana Dr Qardhawi membuat istinbat dan akhirnya berijtihad Zakat Pendapatan Penggajian dan upah para pegawai ini diwajibkan zakat.   Dalil1 Naqli: a. AQ 2: 267 (Wahai orang2 beriman, belanjakanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yg baik-baik)

alImam asySyuyuty (alItqaan) berpendapat al kasb dalam ayat ini menurut bahasa ialah mencari/mengumpul harta atau wang utk membiayai sara hidup diri dan keluarga, melunas hutang dan simpanan) Inilah juga pendapat Ibn Katheer, alBidayah:13/54; alSyaibani, alIktisab,:57)

Madzhab Syafi’iy menetapkan ayat ini bukan ada kewajiban zakat cuma infaq dan sedeqah sunat sahaja (maka tindakan anda itu menepati tarjeeh asySyafi’iyah), manakala madzhab Imam Abu Hanifah mentafsirkan ayat ini sebagai kewajiban Zakat bagi semua punca pendapatan. Jadi idea zakat pendapatan ini dipelopori oleh madzhab ahli ra’yi di Kufah.

b. AQ 9: 103 (Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dgn zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka)

AlDardir, syarh alkabeer:1/461; alQardhawi: Fiqh-Zakah/489 mentafsirkan ayat ini fiqh almaqosid atau illat zakat bukan merugikan pembayar zakat, malah berfungsi mengembangkan harta itu secara semulajadi disamping mensucikan jiwa2 mereka.

c. 2: 254; 8: 03

Sumber kedua: asSunnah, athar dan sunnah Khulafa’ almuslimin

Assunah banyak sekali dan kalimah umum yg digunakan oleh asSunnah ialah ‘AGHNIYA’ (kekayaan) dan AMWAL (harta)

Misalnya HR Imam Abu Isa atTermidzi,” Tidak akan kurang sesuatu harta disebabkan zakat”

Athar:

Yang pertama mewajibkan zakat mustafad ialah Amir Mu’awiyah bin Abu Sufyan ra (alMuwatta’/168); diperluaskan di zaman Khalifah rasyad Umar bin Abdel Aziz ra (Subulus Salam:4/78); juga fatwa Ibn Abbas ra (Subulus Salam, ibid) 

Dalil QIAS

Teras zakat menurut AQ dan asSunnah ialah harta (amwal) dan kekayaan (aghniya’), maka pendapatan kaum professional yg lebih tinggi pendapatannya dari petani sudah tentu wajar sekali dikenakan zakat. Tujuannya utk membersihkan harta dan pemilik harta itu. Alangkah tidak kena sekali, petani padi dizakatkan, golongan korporat dan yg bergaji besar dilepaskan!! Firman Allah SWT (Mereka bertanya kepadamu tentang apa yg mereka nafkahkan? Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan”) AQ 2:219 Zaman silam, sektor pertanian dan ternakan adalah sektor yg menjadi tonggak ekonomi negara dan masyarakat, tapi kini sektor lain (pembuatan, perkilangan, servis, komunikasi, IT, pengangkutan, pelancungan) yg menjadi teras ekonomi, maka sudah tentu zakat beredar dan menganjalkan hukumnya utk memberi makna keanjalan fiqih Islami terhadap perubahan zaman, masa dan realiti. (Qardhawi, FZ, ibid) 

Malaysia menerimapakai Zakat Mal alMustafad pada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta Bil 05) Tahun 1967: Seksyen 6A (3). Akta ini akan dipinda lagi bagi mewajibkan kepada semua orang Islam yg bergaji dan cukup syarat2nya bila diluluskan dan diwartakan kelak. Baitul Mal Wilayah Persekutuan (sekarang PPZ) adalah badan pertama yg diwartakan utk memungut cukai pendapatan mustafad secara sukarela. 

Penutup: Walaupun madzhab ahli Hadis dan Salafiyah menolak zakat mal almustafad (dan menetapkan hanya sedeqah sunat dan Infaq sahaja), tapi majma’ fiqih sedunia menerimapakai Fiqh Hanafi yg diperkemaskan oleh Tesis Dr Qardhawi utk mewajibkan zakat Mal alMustafad (gaji dan upah). Hujah Dr Qardhawi adalah kuat dan disandarkan kpd Fiqh alMaqosid (ruh syara’) dan Fiqh alWaqe'(Realitas fiqh yg anjal). Malaysia menerimapakai qarar (keputusan) ini sejak 1967. Allah knows best. Tamat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s