Qarin?

Salam,
diminta panel ahkam jelaskan apa itu’Qarin’? Mmg lagi bertambah keliru dgn emel pasal ‘Qarin’ ni. Takut syirik je.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawb soalan Islah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Qarin adalah sejenis Jin yang berdamping dengan manusia, dan menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan Qarin Nabi:saw yang telah ditundukkan. Firman Allah swt :-

قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلالٍ بَعِيدٍ . قَالَ لا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ . مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِ

(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. [Surah Qaf : 27-29].

Menurut Ibn Kathir rh, ayat “(Qarin) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata”, Ibn Abbas ra, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada ‘syaitan’ yang ditugaskan berdamping dengannya.

Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari Kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman swt menyatakan tugasan Syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” [Surah Ibrahim : 22]

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan Qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah swt mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim – Umdah al-Tafsir ‘an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa’ 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

Satu persoalan yang timbul, adakah Qarin Nabi saw juga seperti Qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, Dr Umar Sulaiman al-Ashqar berkata bahawa seorang manusia boleh menundukkan Jin pendampingnya (qarin) kemudian dia masuk Islam, sebagaimana Riwayat Ahmad dan Muslim : dari Abdullah ibn Masud berkata : Rasulullah saw berkata :-

ما منكم من أحدٍ إلا وقد وكِّل به قرينه من الجن ، قالوا : وإياك يا رسول الله ؟ قال : وإياي ، إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمرني إلا بخير .

“Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : Walaupun kamu Ya Rasulullah?, Baginda menjawab : Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan saya selamat darinya (atau – mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik” [Riwayat Muslim]

Kata Syiekh Wahid Abdus Salam Bali : al-Ashkar secara tegas mengatakan setiap orang Islam mampu menundukkan Jin pendampinya. Sebenarnya, bukanlah begitu, kerana kenyatan hadith tersebut secara zahirnya menunjukkan perkara tersebut khusus untuk Nabi saw. Barang siap yang mengambil hadith ini secara umum, hendalah ia mengemukakan dalil, dan tidak ada dalil baginya yang aku ketahui, Umar bin Khtattab yang terkenal dengan kuat aqidahnya dan mantap agamanya, ditakuti oleh syaitan, akan tetapi tidak boleh mengislamkan syaitan pendampingnya.[Wiqayatul Insaan min al-Jin wa al-Syaitan, Syiekh Wahid Abdus Salam Bali, ms 45. Dar Ibn Rajab, 2001]

al-Hafiz Imam Nawawi rh. didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, bahwa terdapat dua tafsiran kepada hadith diatas menurut bacaannya :

a. Fa aslamu – Yang bermaksud – “Dan saya selamat darinya” (eg. pandangan Al-Khattaabi)
b. Fa aslama – Yang bermaksud – “Dan dia menjadi Islam” (eg. pandangan al-Qaadi ‘Iyaad).

Secara umumnya :-

a. Qarin dari kalangan Jin ada pada setiap orang, dan menghasut mereka kearah kejahatan.
b. Hanya Qarin Nabi saw yang dapat ditundukkan, kerana hadith tersebut khusus kepada Nabi saw dan bukan kepada insan lain.
c. Qarin dan Manusia akan mengadap Allah swt kelak di hari Akhirat.

Sekian, wassalam.

al-ahkam 

Advertisements

One thought on “Qarin?

  1. askum klau kita puasa
    lpas tu kita terlupa lepas tu kita makan
    batal tak

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
    Kerana tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s