Bagaimana Beriman Dengan al-Quran

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Akhir-akhir ini banyak ilmuan Islam yang mengaitkan penemuan sains dan teknologi dengan al-Qur’an. Pengaitan ini menimbulkan persoalan, adakah ianya penting kepada kita? Atau tidak penting – memadai dengan kita beriman sahaja kepada al-Qur’an?

Iman di sudut bahasa bermaksud percaya, di sudut istilah bermaksud mempercayai sesuatu perkara yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria manusia, akan tetapi dikesan kebenarannya melalui ilmu, akal dan firasat hati. Kebenaran ini diakui oleh si-empunya diri dan dengan itu dia dipanggil sebagai telah beriman dengan perkara tersebut.

 

Lawan bagi Iman adalah Ingkar (Kafir), di sudut bahasa ia bermaksud menafikan, di sudut istilah ia bermaksud menafikan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria manusia, akan tetapi dikesan kebenarannya melalui ilmu, akal dan firasat hati. Namun kebenaran ini tetapi dinafikan oleh si-empunya diri dan kerana itu dia dipanggil sebagai telah mengingkari perkara tersebut.

 

Sebagai contoh, kita umat Islam beriman kepada Allah sebagai satu-satunya Tuhan sekalian alam. Kita mempercayai Allah bukan kerana kita melihat, mendengar atau menyentuhi-Nya, tetapi adalah kerana dengan ilmu kita menganalisa kejadian alam dan makhluk, dengan akal kita memikirkan logik atau tidak hal ini semua tercipta dgn indah tanpa Penciptanya dan dengan firasat hati kita rasakan kehadiran suatu Sang Pencipta.

 

Iman adalah sesuatu yang tidak tetap, ia boleh meningkat dan boleh menurun. Naik atau turun tingkat keimanan adalah berkait rapat dengan kadar yang kita gunakan ilmu, akal dan firasat hati untuk mengesan kebenaran perkara yang kita percayai tersebut.

 

Semakin banyak kita gunakan ilmu, akal dan firasat hati untuk mengkaji alam dan segala apa yang apa padanya, semakin tinggi keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Semakin minimum kita gunakan ilmu, akal dan firasat hati untuk mengkaji alam dan segala apa yang apa padanya, semakin rendah, bahkan mungkin menghampiri nilai sifar, keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

 

Iman kepada Allah akan mencapai nilai yang tertinggi (Haq al-Yakin), iaitu keyakinan yang maksimum, di saat Hari Kiamat apabila dapat melihat Allah ‘Azza wa Jalla dan duduk di sisi-Nya dengan cara yang layak bagi-Nya.

 

Demikianlah juga tuntutan ke atas kita dalam lain-lain rukun Iman seperti Iman kepada al-Qur’an. Keimanan kita terhadap al-Qur’an bukanlah sekadar mempercayainya, tetapi membuktikan kepercayaan tersebut berdasarkan nilai-nilai ilmu, penalaran akal dan gerak hati. Bertambah banyak nilai ilmu yang terdapat dalam al-Qur’an yang dapat kita temui dan buktikan, bertambah tinggi keimanan kita kepadanya. Ianya tidak akan dapat digoyang oleh gertakan orientalis, da’i kristian atau bisikan syaitan. Berbezalah juga hasil sebaliknya.

 

Bahkan bukan itu sahaja, pembuktian nilai-nilai ilmu al-Qur’an seperti dalam bidang perubatan, sains, angkasa, biologi, matematik dan pelbagai lagi akan membantu orang-orang “Zaman Sains dan Teknologi” masa kini yang enggan mempercayai sesuatu melainkan ada bukti ilmu di sebaliknya. 

 

Pembuktian nilai-nilai logik di dalam al-Qur’an akan dapat membantu dakwah kita kepada ahli fikir manakala pembuktian gerak hati yang terkandung di dalam al-Qur’an akan membantu dakwah kita kepada orang-orang yang mencari ubat-ubatan bagi memenuhi jiwa mereka yang kosong.

 

Oleh itu mengkaji nilai-nilai ilmu, logik dan firasat yang terkandung di dalam al-Qur’an adalah merupakan salah satu jalan yang akan menguatkan keimanan kita terhadapnya dan membantu seseorang yang tidak beriman untuk beriman kepadanya. Dan di dalam kaedah usul, apa-apa yang baik, maka jalan-jalan yang mengarahkan kepadanya adalah juga baik dan dituntut.

 

Maka beriman kepada al-Qur’an boleh dikatakan beriman semata-mata, tetapi adalah lebih afdal jika ia dibuktikan dengan perkara-perkara yang dapat meninggi dan memantapkan nilai keimanan tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s