Imam tertambah rakaat, bolehkah mufaraqah

Assalamualaikum, maaf diatas kejahilan saya. Pertanyaan saya berkisar dengan sembahyang fardhu berjemaah. Saya sebagai makmum ketika sembahyang Isya’, tiba tiba Imam bangkit untuk mengerjakan rakaat ke-5 pd keyakinan saya. Setelah dibacakan tasbih, imam masih meneruskan berdiri, lalu saya mengambil keputusan mufarakah dari imam tersebut tanpa disudahi dgn sujud syahwi.Namun setelah itu,Imam duduk kembali (tanpa ruku’)utk tasyahud akhir dan diakhiri dgn sujud syahwi.
Soalan :
1-adakah batal solat saya kerana mufarakah?
2-apakah alasan2 yang membolehkan makmum mufarakah ?
3-adakah Imam tersebut bertindak betul/sah?
4-apa yang seharusnya saya lakukan pd ketika kejadian itu?

maaf sekali lagi, diharap pihak tuan dapat memberikan penjelasan mengikut pendapat Imam Syafee khususnya.
Sekian,T/ Kasih, Wassalamualaikum

jawapan:

Bab Mufaraqah/putus qudwah di dalam solat jamaah

Oleh kerana saudara salam ingin jawapan mengikut pandangan mazhab syafie, maka saya perturunkan jawapan berikut.

Bila dan di mana boleh bermufaraqah di dalam solat jamaah? Mengikut qaul mazhab syafie hubungan imam dan makmum terputus apabila imam khatam (tamat) solatnya dengan memberi salam atau berlaku hadath besar atau selainnya kerana hilangnya ikatan antara imam dan makmum (Mughni al-muhtaj, jilid i)

Hukum melakukan mufaraqah mengikut qaul mazhab syafie ia adalah harus samada ia hadir dgn keuzuran ataupun tanpa keuzuran dari pihak imam. Sembahyang makmum adalah sah sekiranya makmum melakukan mufaraqah kecuali pada rakaat pertama dalam solat jumaat, solat yang hendak diulangi oleh seseorang secara berjamaah dan solat yang dijamak taqdimkan. (Mughni al-muhtaj, jilid I dan juga Al-Muhazzab, jilid i)

Diriwayatkan bahawa Muaz bin Jabal R.A mengimami solat isyak bersama para sahabat lalu dia memanjangkan solatnya. Lantas seorang lelaki beredar dan bersembahyang secara berseorangan. Kemudian lelaki itu datang berjumpa nabi dan menceritakan apa yang berlaku. Lalu baginda berasa tidak senang hati dan menegur Muaz R.A dan tidak menyuruh lelaki tadi mengulangi solatnya itu. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam As-syafie Rh berkata: “Sekiranya imam itu berada di dalam keterlupaan (tertinggal rukun dsb), orang lelaki (makmum) hendaklah memberitahu imam dengan cara bertasbih, manakala wanita hendaklah memberitahu dengan bertasfiq (tepuk tangan dengan belakang tangan).” Pendapat ini juga dipegang oleh Imam Ahmad Rh.

Ini disandarkan kepada hadith Rasulullah S.A.W:
“Tasbih adalah utk lelaki manakala tasfiq untuk perempuan.” (hadith riwayat jmaah daripada Abi Hurairah R.A)

Dalam versi yang lain dari Sahl bin Saad R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menyedari atau teringat sesuatu dalam sembahyangnya (kerana keterlupaan), maka hendaklah diucapkan tasbih, kerana tasfiq hanya utk perempuan.” (Bukhari dan Muslim)

Penambahan atau pengurangan rukun
Sekiranya setelah diperingati oleh makmum dalam perkara penambahan rukun (cthnya tertambah satu rakaat), imam hendaklah melakukan jabran (penampungan) dgn sujud sahwi diriwayatkan dari Ibn Mas’ud R.A bahawa Nabi S.A.W telah melakukan solat zuhur lima rakaat. Lalu dikatakan kepada baginda. Apakah ada penambahan dalam solat?” Jawab baginda, “Apakah yang kamu maksudkan itu?” Mereka berkata, “kamu telah bersolat (zohor) lima rakaat.” Lalu baginda S.A.W 2 kali sujud selepas baginda memberi salam.” (Hadith riwayat jamaah, Nailul Awtar, Jilid III)

Sekiranya setelah diperingati makmum dalam perkara pengurangan rukun (cthnya terkurang satu rakaat), maka hendaklah imam itu melakukan penambahan terhadap kekurangan itu dicampur dgn sujud sahwi. Ini disandarkan kepada kisah Zul Yadain atau lebih dikenali sebagai Al-Hirbaq bin Amru R.A yang memperingati Nabi S.A.W akan keterlupaan Nabi S.A.W (kerana kurang rakaat dlm solat). Lalu menyambung solat dgn 2 rakaat lagi, kemudian bersujud baginda S.A.W sebanyak 2 kali selepas memberi salam. (Bukhari dan Muslim).

Sekiranya dia (imam) tidak melakukan jabran (penampungan) akibat kerana kekurangan rukun (setelah diperingati), maka makmum hendaklah bermufaraqah dgn melakukan jabran secara sendirian kerana pada ketika itu solat imam sudahpun batal. Dan jika makmum tidak melakukan demikian walhal ia tahu, maka solat makmum juga batal kecuali sekiranya makmum juga tidak menyedari ia (terlupa) ataupun jahil akan ia. Ini disandarkan kepada kisah nabi S.A.W melakukan 5 rakaat pada solat zohor dan mereka mengikuti nabi dgn sangkaan bahawa ia telah dimansuhkan. Dalam kes ini, makmum tidak perlu mengulangi semula.

penambahan bagi menjawab soalan diatas berdasarkan beberapa pendapat ulama’ fiqh muqaran (Fiqh perbandingan).

Hukum mufaaraqah المفارقة

Jawapan ini berdasarkan ringkasan fatwa yang dinyatakan oleh Dr. Ahmad Taha Rayyan, Profesor Fiqh Muqaran di Universiti al-Azhar dibawah ini[1]:

وفي موضوع السؤال، فإن الإمام قام إلى الركعة الخامسة بعد الرابعة سهوا ونبهه من خلفه ولكنه لم يلتفت لقولهم عندما سبحوا له بقولهم: سبحان الله، فإن كان هذا الإمام الذي أصر على عدم الرجوع لم يجزم بصواب نفسه بطلت صلاته لأنه ترك الواجب عمدا، وترك الركن عمدا لا ينجبر بسجود السهو في قول جمهور العلماء. وإن جزم بصواب نفسه لم يلزمه الرجوع إليهم، بل يعمل بيقين نفسه، ولا يلتفت لقولهم.
وأما المصلون خلفه فلهم أن ينووا مفارقة الإمام ولا تبطل صلاتهم بمفارقة الإمام لجواز المفارقة للعذر، وهو الزيادة في الصلاة، ويسلم المأموم المفارق لإمامه بعد قيامه للركعة الزائدة وتنبيهه وإبائه الرجوع إذا تم التشهد الأخير لنفسه ولهم أن ينتظروا حتى يسلموا معه.
ولا يجوز لمأموم أن يتبع إماما أبى أن يرجع وهو عالم بالزيادة، فإذا اتبعه بطلت صلاته إذا كان عالما ذاكرا لهذه الزيادة؛ وإن اتبعه جاهلا للحكم أو ناسيا فلا تبطل صلاته للعذر؛ لأن الصحابة تابعوا النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ في الخامسة حيث لم يعلموا ولم يؤمروا بالإعادة.
وعليه نقول للسائل المستمع: إن الإمام إذا تتقين من صواب نفسه فلا يلزمه الرجوع وصلاته صحيحه، ومن قام معه وهو جاهل بالحكم فصلاته صحيحة، ومن انتظر حتى سلم معه فصلاته صحيحة، وهو أفضل من مفارقة الإمام.

“Jika Imam berdiri kepada rakaat yang kelima dari 4 rakaat, dan telah ditegur oleh makmum dengan ucapan Subhanallah, akan tetapi ia ingkar akan teguran tersebut, maka Solat tersebut dikatakan batal, kerana sesungguhnya ia telah meninggalkan yang wajib secara sengaja, dan meninggalkan yang wajib tidak boleh dilakukan keatasnya sujud sahwi menurut jumhur ulama’.

Bagi makmum pula, mufaaraqah dari Imam adalah dibenarkan kerana ianya bersebab, iaitu Imam sedang melakukan penambahan didalam solat, dan ini [mufaaraqah] tidak membatalkan solatnya. Makmum akan melakukan salam setelah Imam bangkit untuk rakaat penambahannya (rakaat yg ke 5), dan ia memaklumkan Imam, dan jika pada masa tersebut ia sedang didalam menamatkan Tashahhud, maka bolehlah ia menunggu bersama-sama dengan Imam memberi salam.

Adalah tidak dibenarkan bagi makmum yang mengetahui akan Imam yang melakukan penambahan mengikuti perbuatan Imam, dan solatnya bersama Imam adalah batal, kerana akibat penambahan tersebut. Jika ia jahil atau lupa, maka tidaklah batal solat tersebut, kerana dianggap uzur! Sesungguhnya sahabat mengikut Nabi saw didalam rakaat ke 5 (seperi hadith yg Zayed sebutkan) tatkala didalam keadaan tidak mengetahui dan tidak membilang rakaatnya.

Kata Prof. Dr. Ahmad Taha Rayyan : “Jika Imam yakin [akan rakaatnya] dan tidak menyahut teguran tersebut maka solatnya sah, dan mereka yang berdiri bersamanya akibat jahil akan hukum, maka solatnya sah, dan mereka yang menunggu sehingga memberi salam bersama Imam, solatnya sah, dan ini adalah lebih afdal dari Mufaraaqah terhadap Imam”.

—————-
Sebab-sebab mufaraaqah

Dr Wahbah Zuhaily [2] menyatakan bahawa yang termasuk didalam faktor uzur didalam mufaaraqah ialah :

– Solat yang panjang
– Imam meninggalkan perkara sunat seperti Tasyahhud awal dan Do’a Qunut
– sakit
– bimbang akan dikuasa mengantuk
– takut sesuatu yang akan membatalkan solat
– takut kehilangan atau kerosakan harta
– takut kehilangan teman didalam bermusafir

Berkata Bekas Pengerusi fatwa Al-Azhar, Shiekh Atiyah Saqr [3]:

يجوز لمن دخل الصلاة مع الإمام أن يخرج منها بنية المفارقة ويتمها وحده إذا أطال الإمام الصلاة . ويلحق بهذه الصورة حدوث مرض أو خوف ضياع مال أو تلفه أو فوات رفقة أو حصول غلبة نوم ، ونحو ذلك .
“Dibenarkan bagi mereka yang masuk solat bersama Imam, kemudian keluar darinya dengan niat Mufaaraqah dan menyudahkan secara bersendirian jika Imam MEMANJANGKAN solat. Dan ia juga bersangkutan dengan terjadi seperti penyakit, takut kehilangan duit atau kerosakkannya harta, atau kehilangan teman atau takut dikuasai tidur, dan jenis yang seperti itu.”

wallahu ‘alam

-wassalam-

<u>Rujukan :</u>
1] Dr. Ahmad Taha Rayyan [color=”#800000″ size=”3″]زيادة الإمام في الصلاة وواجب المأموم </font>url : <a href=”http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78163″>http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78163</a&gt;

2] Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa’adilatuhu – 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

3] Shiekh Atiyah Saqr. [color=”#800000″ size=”3″]حكم مفارقة الإمام </font>url : <a href=”http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=42742″>http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=42742</a&gt;

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s