Dosa Maksiat dengan girlfriend

Akum,
saya ada seorang kawan yang melakukan maksiat bersama teman wanitanya. walaupun tidak sampai ke tahap zina, tetapi dosa itu amat besar bagi saya.
setiap kali melakukan maksiat, dia akan menyesal dan bertaubat. tetapi disebabkan nafsu, dia mengulagi perbuatan itu kembali dan kemudian bertaubat. saya tidak mampu memberi jawapan yang memuaskan kepadanya.
persoalan saya, apakah taubatnya diterima setelah berulang kali melakukan dosa yang sama?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan kayangan_84 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Taubat yang dilakukan dengan menepati syarat-syaratnya, Insya-Allah akan diterima Allah swt. Demikianlah janji-janji Allah kepada mereka yang bertaubat. Firman Allah swt :-

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”

Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-

a. Segera meinggalkan dosa tersebut

b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku

c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.

Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut ‘kerana Allah’ dan bukan atas sebab-sebab yang lain.

Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun dia sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.

Anda boleh menasihat sahabat anda dengan melakukan beberapa perkara dibawah ini sesudah ia bertaubat lagi sekali.

a. Perbanyakkan memohon do’a agar Allah swt memberi kekuatan kepadanya.

b. Bergaul dengan orang-orang Alim dan golongan agama. Sentiasa berdamping dengan mereka. Ingat, bahawa sahabat-sahabat yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikkan, dan begitulah sebaliknya.

c. Berbanyakkan zikir kepada Allah swt.

d. Melibatkan diri dalam kerja-kerja menuntut ilmu agar dapat mengisi ruang fikiran yang sudah menjadi habit melaukan maksiat.

e. Lakukan banyak amalan-amalan sunat, seperti puasa, solat, sedekah dsb.

f. Cuba jangan biarkan diri berseorangan. Apabila kita berseorangan, Syaitan akan cuba menguasai kita kembali untuk melakukan maksiat.

g. Cuba sentiasa melakukan solat fardu di masjid.

h. Selalu mengingati diri akan takut kepada Allah, takut akan siksaannya, takut akan nerakanya.

i. Khusus bagi kesalahan diatas, cepatkan berkahwin. Jika tidak mampu, perbanyakkan berpuasa.

Pintu Taubat sentiasa di terbuka. Abu Hurairah ra. berkata :-

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ

“Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya” [Riwayat Muslim, #2703].

Nabi bersabda dalam hadith yang lain :

إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر

“Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya”

Ingatlah, bahawa berfikir bahawa Allah swt tidak akan mengampunkan dosa-dosa seseorang itu adalah seperkara yang salah. Allah swt sentiasa akan menerima taubat hambanya. Malahan didalam sebuah hadith yang panjang didalam Kitab Riyadhussolihin juga menceritakan bahawa seorang yang telah membunuh 100 orang juga diterima taubatnya oleh Allah swt.

Syaitan akan berusaha mengasut manusia melakukan dosa, dan bagi mereka yang sudah terlanjur, Syaitan akan berkata : Allah swt tidak akan mengampunkan dosa engkau lagi!!

Usahlah seseorang itu berputus-asa dengan pengampunan Allah swt. Hendaklah sentiasa manusia itu memohon ampun kepada Allah swt dan bertaubat kepadanya. WA.

Sekian, wassalam.

al-ahkam 

Advertisements

2 thoughts on “Dosa Maksiat dengan girlfriend

  1. saya dengan suami saya yang sekarang dulu sebelum menikah kami sering bersinah,saya takut Allah tidak mengampuni kami.apa Allah Swt masih mau mengampuni dosa-dosa kami yang lalu karena sampai detik ini saya masih terus merasa berdosa.apa yang harus saya lakukan untuk mendapat pengampunan?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Ini antara langkah yang perlu puan ambil.

    a) Berazam bersungguh untuk bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
    b) Menjauhi hal-hal yang boleh membawa kepada zina, contohnya keluar dengan bukan mahram,menontn video, gambar, buku yang mendorong menaikkan nafsu, dan lain-lain.
    c) Melakukan solat taubat sebanyak dua rakaat.
    d) Memperbanyakkan amal soleh seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah dan lain-lain.

    Pintu taubat sentiasa terbuka dan sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat. Bersyukurlah kerana Allah membuka pintu hati puan untuk bertaubat.
    Wallahua’lam.

  2. janganlah keliru soal kapel itu adalah halal atau haram..kan mendekati zina itu haram..la taqrabuzzina bukan la ta’malu zina..untuk peringatan ana juga..kan Rasulullah suruh tinggalkan perkara yang meragukankan..kepada saudara safwan yang bertanya..kalu saudara kapel and rase kapel tu halal, afwan ana katakan..maybe ble try check balik solat, ble ke khusyuk dalam solat kalau terfikir pasal gf or bf? even orang zaman sekarang kata wujud ‘kapel islam’..tapi adakah itu dah temasuk dalam islam secara keseluruhan.check balik terjemahan surah al-baqarah ayat 208..afwan kathira..banyakkan membaca..zina tu ade banyak..antaranya zina tangan,zina kaki, zina hati and etc..tolonglah..kepada seluruh umat islam..ana seru diri antum dan diri ana..jauhilah zina..jauhilah zina..berapa ramai lagi umat islam yang dah tersimpang dari ajaran islam itu sendiri..tolonglah antum sampai bile kite nak tengok umat islam seperti buih di lautan..salam alaik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s