Solat Sambil Pejam Mata

Kepada Ustaz yang saya hormati saya mahu bertanya tentang sholat,
apakah boleh sewaktu kita sholat mata kita terpejam ?
Soalnya saya pernah ketika sholat mata saya terpejam dan menangis kerana
membayangkan dosa-dosa yang telah saya lakukan sehingga bacaan
surahnya hanya dalam hati?

Pertanyaan saya apakah sah sholat saya itu Ustaz?

Terima kasih
Wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Waris

Jawapan:

Syeikh Muhammad ibnu Utsaimin dalam kitabnya As Syarhul
Mumti’ 4/52 beliau berkata:

Pendapat yang shahih hukumnya makruh, kerana menyerupai perbuatan
orang Majusi saat mereka menyembah api, di mana mereka memejamkan
mata mereka. Dan dikatakan juga, perbuatan itu termasuk perbuatan
orang Yahudi.

Menyerupai perbuatan bukan Islam,  sekurang-kurangnya adalah haram,
sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikhul Islam (Ibnu Taimiyah -pent-).
Maka memejamkan mata dalam shalat sekurang-kurangnya menjadi makruh,
kecuali kalau ada faktor penyebabnya, seperti disekelilingnya terdapat
hal yang menyibukkannya (mengganggunya) bila dia membuka kedua matanya,
maka pada saat itu dia memejamkan kedua matanya untuk menjauhi faktor
yang merosakkan itu.

Jika ada orang yang mengatakan : saya mendapati diri saya lebih
khusyu’ kalau seandainya kedua mata dipejamkan, apakah anda akan
menfatwakan agar saya memejamkan kedua mata ?

Jawapannya : tidak, kerana kekhusyukan ini, di mana anda mendapatkannya
dengan mengerjakan hal yang makruh datangnya dari syaitan, hal itu
seperti khusuknya kaum sufi dalam membaca zikir-zikir mereka yang
mereka jadikan ibadah, sementara perbuatan itu adalah bid’ah.
Kadang-kala syaitan akan menjauhkan dari hati anda bila anda memejamkan
kedua mata anda, lalu ia tidak menggannggu, supaya syaitan itu
menjatuhkan anda untuk berbuat hal yang makruh. Maka kita katakan :
bukalah kedua matamu dan berusahalah untuk khusyuk di dalam shalatmu.
Adapun anda memejamkan kedua mata anda untuk khusyuk tanpa ada sebab,
maka itu tidak boleh, kerana ini daripada syaitan”. (ini akhir dari
perkataan syeikh).

Perlu anda ketahui bahwa faktor utama untuk mendapatkan shalat khusyuk
adalah shalat seperti shalatnya Rasulullah, dan Rasulullah tidak
pernah memejamkan matanya, kalau seandainya memejamkan mata itu adalah
cara terbaik untuk mendapatkan kekhusyukan pastilah Rasulullah telah
mengajarkannya kepada kita.

Adapun masalah membaca dalam hati, itu menyelisihi sunnah kerana
membaca itu adalah dengan mengerakkan bibir dan mendengarkan bacaan
itu untuk diri kita sendiri. Inilah makna membaca menurut bahasa Arab,
shalat itu terbahagi dua, jahriyah dan sirriyah, jahriyah adalah
dengan mengeraskan suara, adapun siriyah adalah dengan melunakkan
suara, dimana yang mendengarkan itu adalah kita sendiri, tentu dengan
mengerakkan bibir.

Adapun apa yang telah anda perbuat, Insya Allah shalat anda sah dan
diterima Allah kerana anda tidak mengetahui hukumnya, adapun setelah
ini, janganlah mengulangi perbuatan tersebut.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita shalat yang khusyuk dan
menerima seluruh ibadah kita, amiin. wallahu’alam

assunnah 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s