Pengamal Bid’ah Mendapat pahala

http://salafyitb.wordpress.com/2007/01/28/pelaku-bidah-diberi-pahala/#more-50

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
Berkata As-Syaikh Al-Allamah Muhammad ibn Sholeh Al-Utsaimin rahimahullah dalam kitabnya Al-Qoulul Mufid jilid 1 hal 385

إن البدعة شر ولو حسن قصد فاعلها, ويأثم إن كان عالما أنها بدعة ولو حسن قصده, لأنه أقدم على المعصية, كمن يجيز الكذب والغش ويدعي أنه مصلحة, أما لو كان جاهلا فإنه لايأثم, لأن جميع المعاصي لا يأثم بها إلا مع العلم, وقد يثاب على حسن قصده, وقد نبه على ذلك شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه “اقتضاء الصراط المستقيم”, فيثاب على نيته دون عمله, فعمله هذا غير صالح ولامقبول عند الله ولامرضي, لكن لحسن نيته مع الجهل يكون له أجر, ولهذا قال صلى الله عليه وسلم للرجل الذي صلى وأعاد الوضوء بعدما وجد الماء وصلى ثانية:”لك الأجر مرتين”, لحسن قصده, ولأن عمله عمل صالح في الأصل, لكن لو أراد أحد أن يعمل العمل مرتين مع علمه أنه غير مشروع, لم يكن له أجر لأن عمله غير مشروع لكونه خلاف السنة, فقد قال النبي صلى الله عليه وسلم للذي لم يعد:”أصبت السنة”.

Sesungguhnya bid’ah itu jelek meskipun pelakunya bermaksud baik.Dan dia berdosa apabila tahu bahawa apa yang dikerjakannya adalah bid’ah meskipun niatnya baik. Ini kerana dia telah mendahulukan maksiat. Sebagaimana orang jika menghalalkan berdusta dan menipu dengan dalih adanya kemaslahatan.Adapun apabila dia jahil (bodoh/ tidak tahu) maka dia tidak berdosa. Ini kerana semua maksiat tidaklah diberikan dosa kecuali dia mengetahuinya (bahawa itu maksiat).Dan akan diberi pahala di atas niat baiknya. Sesungguhnya  Syaikhul Islam Ibnu taimiyah telah menjelaskan hal itu di dalam kitabnya “Iqtidho Shirothol Mustaqim”. Maka diberi ganjaran dengan pahala atas niatnya bukan atas amalannya.Amalnya ini tidak benar dan tidak diterima disisi Allah dan tidak pula diredhai,akan tetapi terhadap niat baiknya yang disertai kejahilannya tersebut tetap di beri pahala. Berkata Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam terhadap seseorang yang sholat dengan (tayamum) kemudian mengulangi wudhu setelah menemui air dan mengulangi sholatnya :“Lakal ajru marrotaini” (bagi mu dua pahala).Ini kerana niat baiknya,dan kerana amalannya pada asalnya adalah amalan sholeh,akan tetapi jika seseorang mengerjakan amal tadi dua kali padahal tahu bahawa itu tidak disyariatkan , maka tidaklah berpahala baginya kerana ini menyelisihi sunnah. Ini kerana terhadap orang yang tidak mengulangi wudhunya, Rasulullah mengatakan “anda mendapatkan sunnah”

Hal ini memang benar difahami juga demikian oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya “Iqtidho Shirothol Mustaqim” (20/31)

ففي الجملة الأجر هو على اتباعه الحق بحسب اجتهاده، ولو كان في الباطن حق يناقضه هو أولى بالاتباع لو قدر على معرفته لكن لم يقدر؛ فهذا كالمجتهدين في جهات الكعبة.
وكذلك كل من عَبدَ عبادة نُهي عنها ولم يعلم بالنهي – لكن هي من جنس المأمور به- مثل
من صلى في أوقات النهي، وبلغه الأمر العام بالصلاة ولم يبلغه النهي، أو تمسك بدليل خاص مرجوح، مثل صلاة جماعة من السلف ركعتين بعد العصر؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم صلاَّهما.. فإنها إذا دخلت في عموم استحباب الصلاة ولم يبلغه ما يوجب النهي أثيب على ذلك، وإن كان فيها نهي من وجه لم يعلم بكونها بدعة تتخذ شعاراً، ويجتمع عليها كل عام .. فهذا يغفر له خطؤه ويثاب على جنس المشروع، وكذلك من صام يوم العيد ولم يعلم بالنهي.
بخلاف ما لم يُشرع جنسه مثل الشرك؛ فإن هذا لا ثواب فيه وإن كان الله لا يعاقب صاحبه إلا بعد بلوغ الرسالة كما قال تعالى (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولاً)، لكنه وإن كان لا يعذب فإ هذا لا يثاب، بل هذا كما قال تعالى (وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباءً منثوراً)..
فكل عبادة غير مأمور بها فلا بد أن يُنهى عنها، ثم إن علم أنها منهي عنها وفعلها استحق العقاب، فإن لم يعلم لم يستحق العقاب.
وإن اعتقد أنها مأمور بها وكانت من جنس المشروع فإنه يثاب عليها، وإن كان من جنس الشرك فهذا ليس فيه شيء مأمور به …”.

Dalam konteks ini, pahala itu bagi yang berittiba’ dengan al-haq sesuai ijtihadnya. Meskipun dalam batinnya mengingkarinya,maka yang demikian lebih utama untuk berittiba’ jika ditakdirkan mengetahuinya. Tetapi jika tidak mengetahuinya,maka kedudukannya seperti orang berijtihad dalam menentukan arah kiblat.
Dan demikian semua yang beribadah dengan ibadah yang pada hakikatnya terlarang (tetapi asal ibadahnya tersebut diperintahkan) namun dia tidak tahu, seperti misalnya orang yang sholat diwaktu-waktu yang diharamkan. Telah sampai kepadanya perintah sholat secara umum,tapi tidak tahu akan adanya larangan tersebut.Atau dia berpegang pada dalil khusus yang lemah, semisal sholatnya sesetengah salaf dua rakaat setelah ashar dengan alasan Nabi melakukannya…maka yang seperti ini apabila masuk pada keumuman disukainya sholat tetapi belum sampai kepadanya larangan tersebut meskipun itu bid’ah yang dijadikan syiar dan dilakukan tiap tahun……Maka kesalahan ini dimaafkan dan diganjar pahala dari jenis amal yang disyariatkan (sholatnya tadi).Dan demikian juga seperti berpuasanya seseorang di hari raya kerana tidak tahu akan adanya larangan.Ini berbeza seperti kesyirikan yang memang pada asalnya nya perbuatannya syirik ini tidak disyariatkan, maka tidak akan diberi pahala meskipun Allah tidak akan mengadzab pelakunya kecuali telah sampai risalah kepadanya sebagaimana firman Allah:“Tidaklah kami mengadzab kecuali telah kami utus Rasul”. Akan tetapi meskipun tidak di adzab apalagi diberi pahala, keadaannya amalnya sebagaimana difirmankan Allah:“Dan kami hadirkan kepada apa yang telah diamalkannya maka kami jadikan bagai debu berterbangan”

Setiap ibadah yang tidak diperintahkan maka terlarang, kemudian apabila dia tahu bahawasannya terlarang tetapi tetap melakukannya, maka dia berhak mendapat ancaman Tetapi jika dia tidak tahu maka tidak mendapat ancaman. Dan meskipun dia berkeyakinan bahawasannya apa yang dia kerjakan itu diperintahkan,tetapi kerana amalannya tersebut memang jenis asalnya disyariatkan,maka dia berpahala,akan tetapi jika daripada jenis amalan syirik maka kesyirikan bukanlah dari jenis amalan yang diperintahkan….

Wassalam,

Abu Umair As-Sundawy

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s