Hukum Memakai Pakaian Labuh di Bawah Buku Lali

Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Sebahagian orang ada yang
memendekkan pakaiannya di atas kedua mata kaki, tapi seluarnya tetap
panjang. Apakah hukum hal itu?

Jawapan.
Isbal adalah perbuatan haram dan mungkar, sama sahaja sama ada hal itu terjadi
pada baju atau sarung. Dan Isbal adalah yang melewati kedua buku lali berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.

“Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”
[Hadits Riwayat Bukhari]

Dan baginda Shalallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

“Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari
kiamat, tidak dilihat dan tidak disucikan daripada dosa serta mereka akan
mendapat azab yang sangat pedih, iaitu pelaku Isbal, pengungkit pemberian
dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” [Hadits
Riwayat Muslim dalam shahihnya]

Baginda SAW juga bersabda kepaada sebagian para sahabatnya:

“Jauhilah Isbal olehmu kerana itu termasuk kesombongan.” [Hadits Riwayat
Abu Daud dan Turmudzi dengan sanad yang shahih]

Hadits-hadits ini menunjukkan bahawa Isbal termasuk salah satu dosa besar,
walaupun pelakunya mengira bahawa dia tidak berniat sombong ketika
melakukannya, berdasarkan keumumannya.

Adapun orang yang melakukannya kerana sombong, maka dosanya lebih besar
berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam :

“Siapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnya
di hari kiamat.” [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ini kerana perbuatan itu menggabungkan antara Isbal dan kesombongan. Kita mengharap
kepada Allah agar Dia memberi keampunan.

Adapun ucapan Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Bakar ketika dia
berkata kepada baginda: ” Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam,
sarungku sering turun kecuali kalau aku benar-benar menjaganya.” Maka Nabi
Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya :

“Engkau tidak termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” [Hadits
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Hadits ini tidak menunjukkan bahwa Isbal boleh dilakukan bagi orang yang
tidak kerana sombong. Tetapi hadits ini menujukkan bahawa orang yang sarungnya
atau seluarnya melurut tanpa niat sombong kemudian dia benar-benar
menjaganya dan membetulkannya tidaklah berdosa.

Adapun menurunkan seluar di bawah kedua buku lali yang dilakukan sebahagian
orang adalah perbuatan yang dilarang. Dan yang sesuai dengan sunnah adalah
hendak jubah atau yang sejenisnya, hujungnya berada antara setengah betis
sampai buku lali dengan mengamalkan semua hadits-hadits tadi. Dan Allah
adalah sebaik-baik pemberi taufiq.

[Fatwa Syaikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz dinukil dari Majalah Ad Da’wah
hal 220]
http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=631&bagian=0

[Disalin dari kitab Tadzkiirusy Syabaab Bimaa Jaa’a Fii Isbaalis Siyab,
edisi Indonesia Hukum Isbal Menurunkan Pakaian Dibawah Mata Kaki, alih
bahasa Muhammad Ali bin Ismail, hal 23-25 Terbitan Maktabah Adz-Dzahabi]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s