Membaca al-Ma’thurat Berjemaah

alam Akhi thtl,

1.Leh tak kita baca ma’surat dan quran serta zikir bersam2 isteri dan anak2..? Sy takut ianya termasuk dengan zikir beramai2 yang ditegah…

2. Jika kita solat malam bersama isteri..adakah isteri kita dok selari dengan kita sebelah kanan atau mcm ner?

Bab puasa sunat..

Ada hadis sahih tak mengalakkan kita puasa hari khamis sahaja..setahu saya khamis isnin..? Sy selalu diajak naqib untuk puasa khamis..tapi lantaran sy tak yakin tentang adernya puasa hari khamis sahaja, so sy tak buat..sy tak nak posa sebab naqib..tapi nak posa sebab nabi buat…

jawapan:

Wassalam

al-Jawab / الجواب

1. Zikir beramai-ramai (zikir jama’iy) yang ditegah ialah membaca bersama-sama secara berkoir (mungkin dgn zikir berirama dan lenggang lenggok gerak badan) yg dipimpin oleh khalifah majlis zikir. Tapi jika masing-masing berzikir sendirian dengan perlahan tidak mengapa. Menurut madzhab Syafi’iy dibolehkan zikir bersama jika tujuan mengajar, bila makmum sudah tahu, maka hendaklah dihentikan (alMajmu’ , 3/469) Begitu juga membaca al-Qur:an, dibolehkan majlis baca AQ jika seorang membaca dan yang lain mendengarnya dan kemudian ada faqih yang mensyarahkan pngajarannya, tapi tidak sunnah jika diadakan majlis baca AQ dan dibaca bersama-sama (al-Syatibii, al-I’tishom, 1/182)

2. Posisi makmum perempuan hatta isteri ialah di belakang suami bukan di sisinya. Ia berdasarkan hadith Anas bahawa dia solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi saw dan seorang perempuan tua berdiri di belakang kami. alMughni, jld 3/ms 53 oleh Ibn Qudamah alMaqdisi

3. Puasa hari Khamis sahaja
Puasa sunnat ni tak adalah wajib kena buat kedua-duanya, namapun puasa sunat. ia diserahka kepada empunya badan. Namun jika ada pilihan antara Isnin atau Khamis, puasa Isnin lebih afdhal. Dalilnya:
Dari Abu Qatadah, baginda saw ditanya akan puasa hari Senin, baginda jawab, itulah hari aku diputrakan dan hari aku diutuskan.” HR Muslim
sekian/WA

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s