Hukum Hobi Kumpul Patung Permainan

Salam

Beberapa hari yang lalu seorang sahabat datang berjumpa menanyakan beberapa soalan. Dari air mukanya dia nampak ikhlas dan bersungguh2.
Pada mulanya was-was jugak..gan dia nih. Peribadinya secara zahirnya..
boleh dinilai sebagai tak berapa bagus. Arak,dadah mungkin biasa baginya..

Bebalik pada soalannya:

1. Apa hukum jika dia mengumpul pelbagai patung permainan seperti replika
patung robot (mahal jugak harganya) dengan tujuan untuk menjualnya jika ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Patung itu bukan untuk bermain-main tapi untuk pameran. Lagi pon dia ni…bukannya budak lagi lebih kurang 30an.

Minta ahli panel Fiqh dapat memberi pandangan mengikut al-Quraan dan as-sunnah. Ahli forum juga boleh memberi pandangan jika berminat.

jawapan:

Islam mengharamkan patung atau boneka yang disucikan atau dimuliakan. Dalilnya: Dari Abu Hurayrah ra:

لا تدخل الملائكة بيتا فيه تماثيل أو تصاوير

Terjemahnya: ” Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada patung dan lukisan.” (HR al-Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2112)

Manakala patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah. Dalilnya: Dari Aisyah RA,

أنها كانت تلعب بالبنات عند رسول الله صلى الله عليه وسلم

terjemahnya: ” aku biasa bermain boneka di sisi RasuluLlah SAW” (HR Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2440)

Patung yg dibolehkan juga ialah patung yang tidak cukup sifat, dalilnya:

مر برأس التمثال فليقطع حتى يصير كهيئة الشجرة

terjemahnya: ” (Jibril AS berkata) Perintahkan agar kepala patung itu dipotong. Maka dipotonglah patung itu sehingga menjadi seperti pokok.” HR Abu Daud, anNasa’iy, Termidzi dan Ibn Hibban, disahihkan oleh al- Albani dalam Ghayatul Maram (131)

Maka begitulah kedudukan patung dan boneka di sisi syara’. Jika boneka itu sasarannya untuk permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Jika ia tidak cukup sifat, pun dibolehkan juga. Jika selain itu, misalnya boneka untuk kemegahan dan tujuan untuk diagungkan, maka ia adalah haram. WA (al-Qardhawi, Halal & Haram, terjemahan Indonesia, ms 117)

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s