Puasa di dua tempat yang berbeza

Assalamualaykum

Nak tanya sheikh pasal masalah saya ni. Skrg saya berada diUK dan mula berpuasa katakan sehari awal(atau lewat) dari Malaysia. Kemudian utk Hari Raya, saya pulang ke malaysia dan mendapati saya terpaksa berpuasa mungkin lebih hari( atau kurang). Macamana position saya jika saya terpaksa
a) puasa lebih > 30 hari- kena buka puasa awal ke?
b) Puasa kurang ie <28 hari – kena ganti ke di bulan syawal

Jazakallah

jawapan:

wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr Fahisham dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Berikut kami petikan fatwa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz kepada soalan seseorang yang bertanya, bahawa dia telah berpuasa di Arab Saudi, dan akan pulang ke negaranya di Timur Asia (yang berpuasa 1 hari lewat dari Saudi). Jawab Beliau :-

” إذا صمتم في السعودية أو غيرها ثم صمتم بقية الشهر في بلادكم فأفطروا بإفطارهم ، ولو زاد ذلك على ثلاثين يوماً ، لقول النبي صلى الله عليه وسلم : (الصوم يوم تصومون ، والفطر يوم تفطرون ) لكن إن لم تكملوا الشهر تسعة وعشرين يوما فعليكم إكمال ذلك ، لأن الشهر لا ينقص عن تسع وعشرين “

“Jika anda memulakan puasa di Saudi atau tempat2 lain, dan anda meneruskan puasa seterusnya di tempat asal anda, berbuka puasa apa bila mereka berbuka, walaupun anda telah berpuasa lebih dari 30 hari, kerana Nabi saw bersabda : {Puasa bermula pada hari anda berpuasa dan berbuka puasa bermula pada hari anda berbuka puasa}. Akan tetapi jika anda tidak mencukupi 29 hari didalam bulan tersebut, maka anda hendaklah mencukupkannya (qada’), kerana 1 bulan tidak boleh kurang 29 hari” [Majmu’ Fataawa Ibn Baaz, 15/155]

Jawapan kepada soalan di atas.

a. Jika anda memulakan puasa Ramadhan mengikut United Kingdom (kerana pada masa itu berada di UK pada masa tersebut) dan berhari raya mengikut Malaysia (pada masa itu anda berada di Malaysia) walaupun puasa anda lebih dari 30 hari, anda tidak dibenarkan berbuka puasa walaupun hari tersebut merupakan hari ke 31 anda berpuasa. Ini disebabkan tempat tersebut belum melihat bulan baru (1hb Syawwal).

b.Jika anda berpuasa 28 hari, dan pada waktu itu telah bermula 1 Syawwal di tempat yang anda berada, haram berpuasa pada hari tersebut. Hendaklah anda menqada’ 1 hari yang tidak cukup tadi dihari yang lain, kerana orang Islam sekurang2nya berpuasa 29 hari didalam bulan Ramadhan. [Majmu’ Fataawa al-Syeikh Ibn Utsaimin, 19/Soalan #24-25].

Kesimpulan :- Puasa dan Hari Raya hendak menurut negara mana kita berada. Jika puasa tersebut melebihi 30 hari, tidaklah ia menjadi masalah. Akan tetapi, jika puasa anda tidak mencukupi 29 hari, hendaklah mengqanti puasa tersebut di hari yang lain, untuk mencukupkan 29 hari (bilangan minimum hari dalam bulan Islam).

Sekian, wassalam

Ramadhan mubarak…Selamat berpuasa

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s