Puasa 11 Muharam sbb lupa puasa 9 Muharam

sambungan dari soalan ahchonx sebelum ini..

klu nak puasa 11 Muharam sbb terlupa puasa 9 Muharam boleh tak? ada tak nas khusus atau pendapat ulama berkaitan kes ni?

barakallahu fikum

wassalam

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi af_feirays dengan kadar kemampuan yang terhad, Insya-Allah.

Benar, bagi mereka yang tidak berpuasa pada hari Tasu’aa’ (9 Muharram) bolehlah meneruskan puasa pada hari ke 11. Ini merupakan pandangan Mazhab al-Syafie.

Menurut Dr Mustafa al-Khin :-

لذلك استحب ان لم يصم مع عاشوراء تاسوعاء أن يصوم اليوم الحادي عشر

“Dengan demikian jika dia memilih untuk tidak berpuasa Tasu’a bersama Asyura’, maka bolehlah dia berpuasa pada hari ke 11” – [al-Fiqh a-Manhaji, 1/356, Mughni al-Muhtaaj 1/602 – فإن لم يصم معه تاسوعاء سن أن يصوم معه الحادي عشر].

Syeikh al-Syarbini menyatakan bahawa Imam Syafie rh didalam al-Umm ada menyebut bahawa digalakkan memenuhkan puasa selama 3 hari (9, 10 dan 11)- [Mughni al-Muhtaaj 1/602]

Demikianlah pandangan Mazhab Syafie didalam hal ini. WA.
Sekian, wassalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s