Hukum Mewarna Rambut

1. Hukum mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang

jawapan:

Isu dye rambut yg dibahaskan fuqaha’ ialah apakah boleh mendye rambut yg uban bagi lelaki? Manakala isu mewarnakan rambut bagi orang muda tidak ada perbahasannya kerana ia isu yg baru muncul. Hukum kaum lelaki mewarnakan rambutnya yg uban mengikut jumhur adalah harus asalkan bukan dengan warna hitam. Dalilnya HR alJama’ah dari Jabir ra mengenai larangan Nabi saw supaya Abi Qahafah (ayahnya Abu Bakar ra) tidak didyekan rambutnya dengan warna hitam. Inilah juga pendapat anNawawi. Pendapat jumhur ini disahkan oleh Fatwa alAzhar (S Atiyah Saqr) dan Fatwa Mufti Wilayah (SS Dato’ Hashim Yahaya. Pentahqeeq Nusantara, Prof Hasbi Siddiqiey (Hukum Fiqh Islam Jld 1) berpendapat pendapat yg rajih ialah makruh sahaja hukumnya.
1.b) Apakah boleh isteri dye rambutnya untuk menyukakan suaminya. kebanyakan rumah fatwa mengharuskan asalkan ia diredhai suami dan pewarna itu halal dan tidak menghalang air (Rumah Fatwa alAzhar dan Mufti Wilayah)
1. c) Apakah boleh remaja (anak gadis dan pria) mendye rambut2 mereka dengan pelbagai warna dan menunjukkan kepada masyarakata. Ini suatu perbuatan yg menyalahi illat (sebab) dye rambut yg disebut Nabi saw HR alJama’ah dari Abi Huraira ra,” Orang Yahudi dan nasara tidak dye rambut, maka lainlah dari mereka dan dyelah rambut kamu.” Illat di zaman dulu, dye rambut ini untuk membedzakan dengan seteru ketat orang Islam. Hari ini mereka dye rambut mereka, maka reverse (lawan) kpd perbuatan itu, umat Islam hendaklah tidak mewarnakan rambut mereka. Apatah lagi gadis-gadis Islam yg tidak bertudung dan memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni sungguh telah derhaka dan melampau. Allahu a’alam¬†

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s