Hukum Mandi Hari JUmaat

Assalamualaikum…

Ada dua soalan,

1. Saya ada jumpa hadis dalam Sahih Bukhari yg mengatakan yg mandi pada hari Jumaat adalah wajib pada orang dewasa. Boleh tolong komen tak sebab yang saya belajar, mandi pada hari Jumaat tu sunat.

2. Ada orang kata, bersetubuh pada malam Jumaat ni fadhilatnya 1000 ekor kibash, ni sahih ke?
wallah’alam. jazakallah khair

jawapan:

Salam

Q1. Bab: ‏الغسل يوم الجمعة (Mandi Pada Hari Jumaat)

‏ ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏ أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏الغسل يوم الجمعة واجب على كل محتلم

‏ ‏
Dari Abu Said Al-Khudriy r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Mandi pada hari Jumaat itu adalah wajib atas setiap orang yang sudah baligh.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan wajib di sini ialah sunat yang digalakkan. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi dalam sahih Bukhari mengenai peristiawa dari Ibn Umar mengenai bapanya. Suatu hari, Umar ibn Al-Khattab sedang berdiri dan menyampaikan khutbah apabila Uthman, salah seorang daripada muhajirin dan ansar, masuk. Umar berkata kpd beliau, “waktu apakah sekarang ini?” Dia menjawab, “Aku sangat sibuk dan tidak sempat pulang ke rumah. Apabila aku mendengar panggilan azan, aku tidak melakukan selain daripada berwudhu’ seperti biasa.” Umar berkata, “dengan berwudhu’ sahaja, apakah kamu tahu bahawa Rasulullah S.A.W telah mengarahkan kami mandi.?” Imam As-Syafie telah berkata mengenai perkara ini, “Uthman tidak meninggalkan solat utk mandi dan Umar pula tidak mengarahkan dia berbuat demikian. Ini menggambarkan bahawa para sahabat R.A tahu bahawa suruhan itu adalah satu pilihan. Ia juga menunjukkan bahawa perbuatan itu adalah disukai.”

‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏أنها قالت ‏
‏كان الناس ‏ ‏ينتابون ‏ ‏الجمعة من منازلهم من العوالي فيأتون في العباء ويصيبهم الغبار فتخرج منهم الريح فأتى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إنسان منهم وهو عندي فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لو أنكم تطهرتم ليومكم هذا

————-
Dari Aisyah r.a katanya: “Kaum Muslimin berduyun-duyun datang menghadiri sembahyang Jumaat dari rumah-rumah mereka di sekitar Madinah. Mereka datang memakai bau-bauan dan celak sehingga keluarlah bau harum dari tubuh mereka. Lalu beberapa orang di antara mereka datang kepada Rasulullah s.a.w yang sedang berada dekatku. Rasulullah s.a.w lalu bersabda: “Alangkah eloknya kalau kamu mandi untuk meneruskan hari kamu ini!.” (Sahih Muslim)

Ibn Hajar dlm kitabnya Al-talkhis, “Ini salah satu bukti yang kuat bahawa mandi pada hari jumaat adalah tidak wajib. Ini kerana orang yang tidak mandi, ia tidak akan membatalkan solatnya. Tetapi sekiranya orang lain terganggu kerana bau yang kurang menyenangkan dari pakaian dan badannya, maka mandi menjadi wajib. Dan orang yang tidak melakukannya akan mengurangi pahala solatnya.”

Q2: Tidak benar dan tidak hadith yang sedemikian. Tanda2 hadith maudhu’ ialah menceritakan kelebihan hari tertentu dgn fadhilat yang tidak munasabah (Al-Manaf Al-Munif, Ibn Qayyim)

Yang ada ialah seperti berikut:

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة ثم راح فكأنما قرب بدنة ومن ‏ ‏راح ‏ ‏في الساعة الثانية فكأنما قرب بقرة ومن راح في الساعة الثالثة فكأنما قرب كبشا أقرن ومن راح في الساعة الرابعة فكأنما قرب دجاجة ومن راح في الساعة الخامسة فكأنما قرب بيضة فإذا خرج الإمام حضرت الملائكة يستمعون الذكر ‏


——————
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid.” (Sahih Muslim)

Wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s