Hukum Cabut Bulu Dada

Salam
ana ada sedikit kekeliruan,boleh ke kita cukur bulu dada..?kalau cukur bulu kaki n lengan bagi leleki adalah haram tetapi bagaimana pula dgn bulu dada..??..

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alhakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :-

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. eg: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. eg: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Persoalan seperti bulu2 atau rambut2 selain dari yang diatas, dimasukkan kealam kategori ‘c’, eg: bulu dada, bulu kaki, bulu dipipi, bulu di tangan dsb.

Ulama’ khilaf didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak? Ada yang berpendapat bahawa mencabut atau mencukur bulu2 ini termasuk dibawah kategori mengubah kejadian Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-

وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ

“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah” – [al-Nisa’ 4:119]

Ada yang berpandangan bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah swt dan Rasulnya saw , maka hukumnya harus. Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama. Ulama’ al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syiekh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.

Beberapa petikan pandangan beberapa ulama’ :-

a. Fatawa dari al-Lajnah al-Daa’imah :-

لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه

“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” – [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/194, 195].

b. Mawsuu’ah al-Fiqhiyyah :-

وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس

“Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala” – [Mawsuu’ah al-Fiqhiyyah, 18/100].

c. Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi, panel Majlis Ensaiklopedia Kuwait :-

يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة للأدب.

“Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha’, dan berkata beberapa ulama’ bahawa ini bertentangan dengan adab” [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

Kesimpulannya bahawa bulu dada tidak termasuk dari kalangan bulu/rambut yang dilarang membuangnya. Wallahu A'lam

wassalam

al-ahkam 

Advertisements

5 thoughts on “Hukum Cabut Bulu Dada

  1. UStaz ada nyatakan di atas:

    a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. eg: bulu mata, janggut bagi lelaki.

    Maknanya janggut x boleh cukur atau cabutla??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s