Hukum Bela Anjing

ALhamdulillah, kita dah dengar banyak ilmu tentang kenajisan/ketidaknajisan anjing.

Minta tuan2 ilmuwan al ahkam terangkan hukum beserta dalilnya untuk membela anjing, bagi tujuan peliharaan (pet).

Jazakallahulkhair

jawapan:

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

sekian

al-ahkam 

Advertisements

4 thoughts on “Hukum Bela Anjing

  1. ayah saya ade membela anjing di rumah.kerana kawasan rumah kami tidak selamat dan sering ade cubaan utk pecah masuk rumah.adakah ini salah?kami tidak bersetuju dan sering meminta ayah untuk membuang anjing tersebut. namun ayah tidak setuju dan pernah merajuk.macam mana saya nak atasi masalah ini.sekarang ni pon kami da was2 dengan kebersihan rumah kami.

  2. ayah saya ade membela anjing di rumah.kerana kawasan rumah kami tidak selamat dan sering ade cubaan utk pecah masuk rumah.adakah ini salah?kami tidak bersetuju dan sering meminta ayah untuk membuang anjing tersebut. namun ayah tidak setuju dan pernah merajuk.macam mana saya nak atasi masalah ini.sekarang ni pon kami da was2 dengan kebersihan rumah kami.

    Assalamualaikum wbt.

    Jika alasan ayah saudari adalah untuk menjaga keselamatan, ia tidak menjadi masalah. Yang terlarang membela sebagai pet tanpa keperluan. Wallahua’lam.

  3. saya ada bela tiga ekor anjing di rumah (x masuk dalam rumah). asalnya untuk jaga kebun (dirantai) tapi disebabkan suami tiada di rumah, menjadi satu masalah kepada kami untuk memberi makan. akhirnya anjing dilepaskan dan mereka datang ke kawasan rumah. siang saya kurung tapi malam saya lepas atas faktor keselamatan (suami tiada di rumah, hanya tinggal saya dan anak-anak yang masih kecil). tapi kami sekeluarga tak sentuh anjing tersebut tanpa keperluan. cuma suami dan anak sulung yang berurusan dengan anjing atas faktor memandikan dan periksa kesihatan. apa hukumnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s