Berdosake Baca al-Quran Tanpa Tajwid

Soal:
Kami mendengar bahawa membaca al-Quran dgn tajwid adalah suatu kewajipan, si pembaca akan berdosa jika tidak memeliharanya. Adakah ini bermakna mereka yg tidak mahir dgn hukum ini hendaklah dia memelihara bacaannya supaya dia tidak berdosa? Ini juga bermakna lebih 3/4 dari umat ini berdosa kerana membaca al-Quran tanpa mengetahui hukum hakamnya?

Jawab:
Adapun ulama’-ulama’ tajwid yg terdahulu, mereka berpendapat bahawa kemahiran hukum-hukum tajwid adalah satu perkara yang wajib, berdosa jika meninggalkannya. Tetapi ulama’ muta’akhirin berpendapat padanya terdapat suatu kesempitan, oleh itu mereka telah menetapkan jika seseorang Muslim itu hendak membaca al-Quran atau menghafaznya, hendaklah dia mempelajari ilmu tajwid dan usulnya, kerana ia adalah wajib ke atasnya. Sesiapa yang bersikap sambil lewa terhadapnya sedangkan dia mampu utk mempelajarinya, maka dia berdosa jika dia membaca dan melakukan kesalahan yg nyata. Jika ia hanya kesalahan kecil, maka ia tidak sampai kepada batas-batas yg dilarang menurut ulama’ tajwid muta’akhirin.

Nabi Selawat telah menggalakkan umatnya utk mempelajari hukum-hakam al-Quran.

الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين
‘Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.’ [Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.ha]

Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa mempelajarinya sedang dia tidak tergagap-gagap, dia tidak akan tahu samada bacaan betul atau tidak. Adapun mereka yg tergagap-gagap, mereka mempelajarinya dari guru dan bersusah-payah utk mengikuti apa yg dipelajarinya.

Berkata Syeikh Abd Aziz bin Baz rahimahullahu ta’ala:
Org mu’min diperintahkan utk bersungguh-sungguh dalam menbaca al-Quran dan hendaklah dia membaca dgn org yg lebih tahu darinya sehingga dia mendapat faedah dan dapat memperbetulkan kesalahannya. Dia akan mendapat ganjaran padanya dan akan mendapat 2 kali ganda ganjaran sekiranya dia bersungguh-sungguh. Sebagaimana sabda Nabi Selawat:

الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين
‘Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.’ [Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.ha]

Dari Ensiklopedia Fiqh Kuwait:
Para ulama’ terdahulu berpendapat bahawa mempelajari hukum tajwid adalah wajib dan berdosa bagi mereka yg meninggalkannya. Samada ia berkaitan dgn kelancaran huruf (yg mana boleh mengubah struktur dan maknanya) atau selain dari itu seperti idgham dsb.
Berkata Muhammad bin al-Jazari: Memperbaiki bacaan adalah fardhu. Wajib ke atas pembaca utk membaca al-Quran dgn bacaan yg betul.

Ulama’ muta’akhirin telah bersepakat mengenai perincian di antara ‘wajib syar’ie’ iaitu bacaan yg ditinggalkan sehingga menukar struktur ayat dan merosakkan makna, dan ‘wajib shina’ie’ iaitu yang mewajibkan seseorg utk menyempurnakan kemahiran bacaannya. Inilah yg disebutkan oleh ulama’ dalam kitab-kitab tajwid seperti idgham, ikhfa’ dsb. Ini tidaklah berdosa jika dia meninggalkannya.

Berkata Syeikh Ali al-Qari selepas penerangannya mengani makhraj huruf dan sifat2nya, dan kaitannya dgn bahasa Arab:-
Sepatutnya hendaklah seseorang itu memelihara seluruh kaedah-kaedah yg wajib yg mana jika tidak, ia akan mengubah struktur ayat dan merosakkan makna, dan digalakkan utk memperbaiki sebutan dan mengindahkan cara bacaan . Kemudian dia berkata mengenai kesalahan kecil yang dilakukan oleh mereka yg tidak mengetahuinya kecuali org-org yg mahir dalam bacaan; ia tidak digambarkan sbg fardhu ain jika terdapat halangan pada si pembaca kerana ia termasuk dalam suatu kesempitan.
Berkata Muhammad bin al-Jazari: Membaca dgn tajwid adalah suatu kemestian dan mereka yg membaikkan bacaan adalah berdosa.
Berkata anaknya Ahmad dalam syarahnya:
Ia adalah suatu kewajipan bagi mereka yg mampu kerana Allah telah menurunkan kitab yg mulia dan disampaikan pada Nabi Selawat secara mutawatir dgn bertajwid. Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari telah memberi penekanan ini bg mereka yg mampu.

الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين
‘Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.’ [Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.ha]

Wallahu A'lam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s