Batas Doktor dan pesakit

Assalamualaikum,

Apakah hukum seorang doktor melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pesakitnya yg bukan mahram dengan berlakunya persentuhan kulit tanpa berlapik?

Adakah ini termasuk dalam keadaan darurat sebab ada penyakitlah pesakit tersebut datang untuk berjumpa doktor tersebut?

Bagaimana pula dengan hukumnya doktor yang terpaksa melihat aurat pesakitnya yg bukan mahram agar dapat memastikan penyakitnya?

jawapan:

Fatwa Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi diatas boleh didapati didalam buku beliau Fataawa Mu’aasyirah, 2/615 (cet ke 3, 1994, Dar al-Wafa’), iaitu dibenarkan melihat aurat bukan mahram didalam keadaan darurah sahaja (إلا اقتضته الضرورة) dan menurut ukuran kadarnya (فقدر بقدرها) (Case by case basis).

Tambahan sedikit kepada beberapa syarat2 yang perlu ada apabila Doktor lelaki merawat wanita yang bukan mahramnya. Menurut seorang ulama’ Mesir, Syiekh Ibrahim Golhoum, Imam Masjid Zainabi. Kata beliau, setelah tidak ada Doktor wanita dari kalangan orang Islam, dicari pula Doktor wanita dari kalangan bukan islam, jika tidak dijumpai maka Syariah membenar Doktor dikalangan lelaki merawatnya, dengan beberapa syarat, diantaranya adalah :-

أولاً: أن يكون مسلمًا أمينًا.
ثانيًا: أن يكون العلاج بحضور زوج أو محرم أو امرأة ثقة.
ثالثًا: أن يؤمن الافتتان.
رابعًا: ألا يكشف الطبيب المعالج عن بدن المريضة إلا قدر الحاجة المطلوبة لمعالجتها.
خامسًا: ألا ينظر إلا إلى موضع الداء والألم ليعالجه.

1. Seorang Islam yang amanah.
2. Rawatan dilakukan bersama2 dengan suami, atau Mahram atau wanita yang dipercayai
3. Aman dari keadaan yang menimbulkan perasaan suka (infatuation)
4. Doktor yang merawat tidak membuka bahagian2 tubuh wanita melainkan tempat yang diperlukan rawatan
5. Tidak melihat/merenung kearah tubuh wanita melainkan melihat kepada tempat yang sakit dan berpenyakit agar dapat merawatnya.

Demikianlah beberapa syarat2 yang dinyatakan oleh Syiekh Ibrahim Golhoum sebagai sambungan kepada pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mendefinasikan kadar darurah tersebut. Wallahu A'lam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Syiekh Ibrahim Golhoum. شروط علاج الطبيب للمرأة . URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=67227

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s