Menyapu Muka Selepas Solat dan Berdoa

Salam
sy ada terbaca didlm laman web sebrg mengenai ida’h..soalan sy,adakah benar menyapu/mengusap muka selepas doa adalah bida’h?adakah benar menyapu muka selepas salam juga bida’h?mengeraskan bacaan doa juga bida’h?kalo benar seluruh ibadah yg sy pelajari bercampur bida’h…mohon bantuan dan penjelasan dari ustaz2 Yellow Laughjawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr attoyar dengan kadar kemampuan yang ada, insyaallah.

Begini, amalan menyapu muka selepas memberi salam didalam solat dan juga selepas selesai do’a merupakan amalan2 yang didasarkan atas beberapa hadith yang dikelaskan sebagai dha’if oleh ulama’, akan tetapi terdapat juga beberapa ulama’2 lain yang mensahihkan hadith2 tersebut. Hadith2 ini datang dari beberapa jalan dan kebanyakkannya dhaif, melainkan beberapa hadith menguatkan beberapa hadith yang lain.

Imam al-Nawawi rh menyatakan terdapat 2 pandangan mengenai amalan menyapu muka ini :-

a. Ia adalah Mustahab (Sunat) dan dinyatakan oleh kumpulan ulama’ yang berfkata demikian.
b. Tidak Sah, ini merupakan pandangan yang sahih (al-Majmu’ 3/501).

al-Izz ib Abdul Salam rh. berkata :

لا يمسح وجهه بعد الدعاء إلا جاهل

“Tidak menyapu mukanya selepas do’a melainkan jahil” [Fataawa al-Izz ibn Abdul Salam. ms47].

Berkata Ibn Taimiyah rh :-

وأما مسح وجهه بيديه فليس عنه فيه إلا حديث أو حديثان لا يقوم بهما حجة
“Bagi menyapu wajah dengan tangan, tidaklah ada darinya melainkan satu atau 2 hadith, tidak boleh dikatakan sebagai hujah” [Majmu’ al-Fataawa, 22/519]

Syiekh Utsaimin didalam komentarnya terhadap pandangan Ibn Taimiyah diatas mengatakan :-

وإذا لم نتأكد أو يغلب على ظننا أن هذا الشيء مشروع فإن الأولى تركه ؛ لأن الشرع لا يثبت بمجرد الظن إلا إذا كان الظن غالباً .
فالذي أرى في مسح الوجه باليدين بعد الدعاء أنه ليس بسنة ، والنبي صلى الله عليه وسلم كما هو معروف دعا في خطبة الجمعة بالاستسقاء ورفع يديه ، ولم يرد أنه مسح بهما وجهه ، وكذلك في عدة أحاديث جاءت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه دعا ورفع يديه ولم يثبت أنه مسح وجهه

“Apabila kita tidak pasti atau kita merasakan ia tidak syara’ maka lebih baik ditinggalkan, kerana sesungguhnya syara’ tidak boleh didasarkan atas rasa2 sahaja, melainkan kita percaya bahawa ini merupakan kemungkinan besar kesnya.

Apa yang saya berpendapat mengenai menyapu muka selepas do’a ialah ianya bukan sunnah. Sebagaimana yang masyhur, bahawa Nabi saw bersolat istisqa’ (minta hujan) semasa khutbah Jumaat dan mengangkat kedua tangannya, akan tetapi tidak diriwayatkan pula menyapu muka bersama2 mereka. Begitu juga dengan beberapa hadith2 yang mengatakan bahawa Nabi mengangkat tangan, akan tetapi tiada dalil yang menunjukkan dia menyapu mukanya” – [Majmu’ Fatawa Ibn Utsaimin 14/Soalan #781].

———–
Mengenai kaifiat membaca do’a, adalah di galakkan agar bacaan do’a itu diperlahankan.Firman Allah swt :-

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرًّعًا وخُفْيةً إنَّه لَا يُحِبُّ المُعْتَدِين
“Berdo’alah kepada tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau batas” – [Surah al-A’raaf 7:55]

Allah swt memuji hambanya Zakaria dengan berfirman :

إذْ نَادَى ربَّه نداءً خفيًّا
“Ia itu tatkala ia berdo’a pada Tuhanya dengan suara yang lembut” – [Maryam 19:3]

Didalam zikir selepas solat, ada riwayat Ibn Abbas ra. yang mengisahkan bahawa terdapat pada masa hidup baginda berzikir secara kuat kadang kalanya. Imam Syafie didalam komentarnya terdapat hadith Ibn Abbas ra:-

على أنه جهَر وقتًا يسيرًا حتى يعلمهم صفة الذِّكر، لا أنهم جهروا دائمًا.
“dia menguatkan didalam jangka masa sehingga dia mengajar mereka akan sifat zikir, tidaklah ia menguatkan sentiasa. “, dengan ertikata bacaan zikir tersebut dikuatkan bagi tujuan mengajar sahaja.

————-
Kesimpulannya, amalan2 menyapu muka selepas solat dan selepas berdo’a khilaf dikalangan ulama’ disebabkan kedudukan hadith2 yang sedemikian. Ada dikalangan ulama berpendapat bahawa jika kita merasakan bahawa hadith2 tersebut dhaif belaka, maka eloklah tidak dilakukan. Manakala didalam do’a, adalah merupakan satu adab apabila berdo’a memperlahankan bacaannya. Membaca do’a secara perlahan atau rahsia lebih menampak perasaan ketundukan kita kepada Allah swt.

Prinsip didalam ibabat mudah, iaitu “Asal ibadat adalah haram/terhentu, kecuali jika didatangkan dengan dalil//nas” (الأصل في العبادات التوقف). Berusahalah memperbaiki amalan kita agar ia tidak bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Nabi saw.

WA.

wassalam
=======
Rujukan :

1. Imam al-Nawawi. al-Azkar. Beirut : Dar al-Ma’rifah. [t.t].

2. Ibn Taimiyah. Majmu’ Fataawa – 22. susunan Abdul Rahman bin Muhammad bin Qaasim. cetakan Mekah, 1969. ms 519

3. Dr Husammuddin bin Musa Affana. مسح الوجه باليدين بعد الفراغ من الدعاء . URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618528

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s