Hadith Mengenai Mencarut

Salam

Ini isu lama tapi sebab ada orang tanya berkenaan ngan matan hadis ni ana tak boleh jawab

Hadis:

Saidina Ali pernah berkata pergi balik jilat bontot berhala kamu kpd seorang Yahudi yang nak cium tangan RasuluLlah SAW. Rasulullah saw tak kata apa-apa (yakni tidak menegur perbuatan Ali mencarut di hadapan baginda)

Ana dengar ucapan TG Nik Abdul Aziz (MB Kelantan) berkenaan dengan isu mencarut. Nak mintak panel al-Ahkam bagi tahu berkenaan dgn isu mencarut.
NAK MINTAK PANEL AL-AHKAM BAGITAU MATAN HADIS DAN PERAWINYA

JZKL.

jawapan:

Wassalam

الجواب
alJawab:

Kami telah lama mencarinya dan hanya menemui kisah yang semisalnya dalam Seerah perjanjian Hudaibiyah. Ia terdapat dalam seerah Ibn Isyhaq (tokoh sejarah yang ditolak oleh Maulana kita) dari jalur azZuhri.

Ia diungkapkan oleh Abu Bakar as-Siddiq kerana celuparnya utusan Quraish yg bernama Urwah bin Mas’ud alTsaqafii ketika menyindir dan melemparkan kata-kata penghinaan kepada RasuluLlah saw. Antara ucapan Urwah ialah,” aku jamin bahawa orang-orang yg mengelilingi kamu ini (para sahabat) akan cabut lari menjelang pagi esok.”
Mendengar kata-kata itu, Abu Bakar meninggikan suaranya dan mencarut secara spontan:

امصص بظر اللات أنحن ننكشف عنه
terjemahnya:
” Hisaplah olehmu kemaluan patung Latta, apakah kami akan bertempiaran meninggalkannya?”

Kisah ini disahihkan oleh Lujnah pentasyhih tafsir Ibn kathir, cetakan Daar Ibn Haitham, 4/2649. Adapun kisah Ali itu kami tidak pernah mendengarnya dan kami akan beritahu kelak jika kami kemungkinan menemuinya dalam pengkajian kami dari masa ke semasa.

Maka dalam kontek perang di atas, apa yang diungkapkan oleh Abu Bakar itu dianggap wajar kerana kecintaan yg luhur akan Abu Bakar kepada kekasihnya Muhammad saw.

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s