al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat

Salam
Q1. Al-quran diturunkan secara berperingkat-peringkat mengikut peristiwa yang berlaku. Bagaimanakah surah-surah dalam quran disusun dan ayat-ayat al-quran itu dikumpulkankan di dalam sesuatu surah sehingga seperti sekarang? Siapakah yang menyusunnya? Apakah faktor-faktor yang diambil kira?

jawapan:

1) Rasulullah saw seorang yg ummi, tidak tahu membaca maupun menulis spt mana yg dfirman Allah yang bermaksud,

Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (al-Qur’an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang memgingkari(mu). (QS. 29:48)

Nabi saw menerima al-Quran dgn cara menghafal. Jibril bukan hanya menyampaikan wahyu tetapi jg memastikan al-Quran terpelihara di dada Nabi saw.

oleh krn Baginda saw tidak mampu menulis, baginda memilih beberapa sahabatnya utk menuliskan wahyu Allah swt yg di antara sahabatnya ialah Khulafa’ ar-Rasyidin, Amir bin Furairah, Ubai bin Kaab al-Anshari, Muawiyah bin Abi Sufyan, Zaid bin Tsabit dan ramai lagi. Mereka menulis di atas pelepah tamar, tulang belulang dan lain2. Baginda saw mengarahkan sahabat2 ini menulis dihadapannya dan menegah mereka dari menulis selain dari ayat2 al-Quran. Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa yg menulis drpdku sesuatu yg bukan al-Quran maka hendaklah ia memadamkannya.”

Pada ketika ini, sahabat2 hanya menurut perintah baginda utk meletakkan wahyu di tempat(surah) yang betul. Setiap tahun Jibril akan turun utk mentaddarus Nabi saw di dalam bulan Ramadhan sekadar mana ayat2 yg turun seblm Ramadhan itu.

setelah selesai penulisan al-Quran, Rasulullah saw akan memerintahkan supaya meletakkannya di rumah Baginda. Ada juga di antara sahabat yg menulis utk kegunaan sendiri sbg rujukan.

Pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar. Cadangan ini diutarakan oleh Umar al-Khattab yg menyedari bhw ramai penghafaz al-quran dikalangan sahabat telah syahid di medan peperangan al-Yamamamh. Saidina Abu Bakr yg pada mulanya tidak bersetuju akhirnya bersetuju setelah dijelaskan masalah sebvenar oleh Umar ra. Abu Bakr ra melantik Zaid bin Tsabit ra utk mengumpulkan al-quran ini. Zaid bin Tsabit akhirnya berjaya mengumpulkan al-quran dan hasilnya disimpan di sisi Abu Bakr ra. Pengumpulan pertama ini kekal hingga zaman Umar ra sebagai khalifah.

Ketika pemerintahan saidina Uthman ra, telah berlaku satu peristiwa di mana Huzaifah bin al-Yaman menyertai satu peperangan, beliau berasa terkejut krn distu berlaku perbezaan cara bacaan al-Quran di beberapa tempat yg dilaluinya di Syam dan Iraq. Huzaifah lalu bertemu Uthman ra dan menceritakannya perihal tersebut. Uthman ra kemudiannya mengutuskan org utk bertemu Hafsah(anak Umar ra) utk mnengambil al-quran hasil pengumpulan pada zaman Abu Bakr ra. Uthman ra mengarahkan Zid Bin Tsabit,, Abdullah bin Zubair, Said bin al-As dan Abdul rahman bin al-Harits agar menulisnya dalam beberapa naskah. Para penulis telah menyalin kembali ke dalam 4 mushaf yg setiap satu diletakkan di Iraq, Syam, Mesir dan Madinah.

BEnarlah firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9 yg bermaksud:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”

Sheikh Mutawalli asy-Sya’rawi berkata, “Surah2 dalam rangkaian al-Quran diturunkan menurut teraturan sejarah dgn mengikuti peristiwa2 yg terjadi. Sementara susunannya di dalam al-Quran disesuaikan dalam bentuk yg lain, yakni sesuai manhaj yg telah ditentukan, sebagai mediasi percakapan di antara manusia.” Dalam fatwanya yg kedua pula Sheikh Mutawalli mengatkaan susunandidalam mushaf itu adalah sepertimana yg terdapat di Lauhul Mahfuzh.()

Rujukan:
Perundangan Islam, Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya
oleh Fadilah Sarnap

Terjemahan Al-Jami’ al-Fatawa
oleh Sheikh Mutawalli asy-Sya’rawi 

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s