Potong Kuku Waktu Dalam Pantang

ana yg cetek agama ingin bertanya kepada ustaz2 di al-ahkam adakah benar di dalam islam perempuan yg didalam pantang tidak dibenarkan memotong kuku sewaktu didalam pantang bersalin.

ramai orang di sekeliling ana mengatakan tak boleh dalam islam dan ada segelintir yg mengatakan boleh.ana betul2 keliru

ana harap dapat penjelasan yang logik dan tepat menurut al-quran dan hadis

terima kasihjawapan:

الجواب

alJawab:

al-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah (edisi Indon, Jld 1/130) menetapkan boleh. Kitab ini sedang kita syarahkan di al-Ahkam Online dan bila sampai bab ni nanti kita akan huraikan dengan detail mengenai dari mana datangnya pendapat yang kata tak boleh, antaranya Imam Abu Hamid alGhazali rh dalam Ihyaa’nya.

Yang sebenarnya tiada larangan dari AQ dan AsSunnah. Maka ia kembali kepada hukum asal, jika tiada larangan maka tidaklah haram atau makruh sedikitpun. Bayangkan wanita dalam pantang tidak boleh potong kuku selama 40 hari. al-Sayyid menggunakan fatwa Atha’ bin Abi Rabah, seorang tabi’in yang lahir pada tahun 24H. sekian

al-ahkam

Advertisements

One thought on “Potong Kuku Waktu Dalam Pantang

  1. salam…
    saya ingin bertanya,boleh kah seorang wanita masih dalam pantang selepas bersalin memotong rambut..
    Saya berasa keliru dengan kenyataan ini.Boleh kah ustaz2 menerang dengan lebih jelas lagi?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Jawapannya boleh kerana tiada dalil yang melarangnya. Asal sesuatu perkara dunia adalah harus, kecuali ada dalil yang melarang daripada dilakukannya.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s