Menumpang Kenderaan Bukan Mahram

assalamualaikum wbt..

saya ada satu kisah dan ingin pendapat semua dari segala aspek terutama dari segi hukum syarak. harap dapat perhatian..

pada suatu hari, saya sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang agak jauh dari rumah saya. disebabkan tiada sesiapa yang dapat menghantar saya, saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki seorang diri dan hanya memohon perlindungan daripada Allah SWT. Dalam perjalanan, saya terkejut kerana tiba-tiba sebuah kereta kancil berwarna merah memperlahankan keretanya dan berhenti beberapa meter dari saya. Macam kenal. Saya punya hanya meneruskan perjalanan hingga sampai dekat dengan kereta tersebut. Pemandunya memanggil nama saya. Rupa-rupanya, dia adalah rakan karib abang saya yang memang saya kenal.

Dia pun mengajak saya menumpang keretanya. Saya rasa tidak sampai hati untuk menolak dan saya pun menumpang keretanya sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Persoalannya, adakah patut saya menumpang kereta tersebut?

Wassalam.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Ini dinamakan situasi yg jarang-jarang berlaku dan jatuhlah ia dalam
keadaan yg keliru, perasaan terpaksa atau dia memang ada keperluan yg
mendesak (kepada transportation). Ini kerana perempuan berjalan
sorang-sorang sekarang ni pun amat merbahaya, jika tumpang orang yg
dikenali pun boleh berlaku jenayah spt rogol dsbnya.

Dalam hal ini perempuan itu boleh memilih utk menerima pelawaan itu
atau menolaknya dan menimbangkan mudharat dan maslahat. Ini pernah
berlaku kepada Aisyah ra ketika berlakunya peristiwa Ifk atau Fitnah
yg Besar, di mana Aisyah diiringi oleh seorang tentera kerana beliau
ditinggalkan oleh pengusungnya. Dalam keadaan dharurat, boleh
menumpang. Manakala masyarakat yg melihat terikat dgn ayat AQ 24:
15-16 (mereka hendaklah bersangka baik bila melihat perempuan terpaksa
menumpang kenderaan lelaki ajnabi). Ia tidak boleh dijadikan
kebiasaan. (*Prof dr Abdul halim Abu Syuqqah, Univ Qatar, Tahreer
alMar’ah/2/136) sahabat dan murid Dr Qardhawi.

Asma’ bte Abu Bakar ketika dia pulang dari kebunnya yg agak jauh dari
Madinah, terserempak dgn RasuluLlah saw yg menaiki unta, lalu baginda
memerintahkan untanya berlutut supaya Asma’ boleh menumpang unta itu.
Tapi Asma’ menolaknya kerana dia teringat suaminya azZubair yg amat
kuat cemburunya. (Dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya bab Cemburu
Jld 11/235 dan Sahih Muslim kitab: salam bab: boleh membonceng wanita
lain yg kepayahan dijalanan Jld 7/11
* Rasulullah saw ditemani oleh seorang lagi lelaki Ansar di atas
kenderaan yg berasingan
sekian

wslm

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s