Menguap Dan Adab-adabnya

Assalamualaikum ahli panel sekelian,
Saya ada terbaca beberapa artikel berkaitan dengan menguap yg mana ada kaitannya dengan syaitan, ini kerana bila sembahyang suka nak menguap pulak..dan dlm artikel tersebut menyatakan nabi saw tak pernah menguap, adakah ada hadis berkaitan menguap ini dan bagaimanakah cara nak mengatasinya..
sekian, terimakasih

jawapan:

enarlah apa yang saudara baca di dalam artikel itu. Perkara ini (menguap) banyak terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Berikut adalah di antara hadis-hadis(maksud hadis) tersebut:

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
“Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca ‘YarhamukAllah’(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya.” [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
“Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk” [Riwayat Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap

Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebarang suara ketika menguap itu. Sekian.

Wassalam

Rujukan

Terjemah Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi

www.Islam-qa.com

http://hadith.al-islam.com/

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s