Hukum Tatoo, Cukur Kening

Assalamu’alaikum warohmatullahiwabarokatuh

ada pertanyaan dari saudara ana:
bagaimana hukumnya tatto yg ada di kulit seseorang, sementara dia bertaubat dan
ingin meninggal kan kesalahan nya.Apakah tatto tersebut wajib untuk di hilang kan ?dgn cara bagaimana?sementara
tatto itu di dalam jumlah banyak.

Jazakumullah Khairon katsir

Wassalamu’alaikum Warohmatullah….

jawapan:

Wassalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Atas pertanyaan ukhti, seharusnya tato tersebut dihilangkan / dibuang. Sila hubungi doktor kulit terdekat untuk urusan tersebut.

Hukum Tentang Tatu

Hadits riwayat Ibnu Umar radhiallahu anhu., dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengutuk wanita yang menyambungkan rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya, orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo (Shahih Muslim : 3965)


Tidak perlu kita ketahui sebabnya apakah masalah wudhu atau tidak. Kita ittiba’ sahaja kepada perintah beliau..

HUKUM TAT0O DI TUBUH

Oleh
Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiah wal Ifta
sumber
http://www.almanhaj.or.id

Pertanyaan.
Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiah wal Ifta ditanya : “Apa hukum mentatoo bagian tubuh, apakah kewujudan tatoo tersebut merupakan halangan baginya untuk melaksanakan ibadah haji?”


Jawapan.
Diharamkan mentatoo bahagian tubuh, berdasarkan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawasanya baginda bersabda.


“Ertinya : Dilaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang meminta untuk disambungkan rambutnya, wanita yang mentatoo dan wanita yang meminta untuk di tatoo”


Termasuk tatoo yang dilakukan di pipi, bibir dan tubuh lainnya, dengan mengubah warnanya menjadi biru, hijau atau hitam.


Bertatoo tidak menjadi halangan untuk melaksanakan ibadah haji.

HUKUM ORANG YANG TIDAK TAHU HARAMNYA TATOO


Pertanyaan.
Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiah wal Ifta ditanya : “Ibu saya berkata, bahawa di masa jahiliyah, sebelum tersebarnya ilmu, dia pernah menggambar lingkaran (membuat tahi lalat) di dagunya, tapi bukan tatoo yang sebenarnya. Namun dia melakukannya kerana kejahilan dan tidak tahu apakah perbuatan tersebut haram atau halal. Saat ini kami ketahui bahawa orang yang meminta untuk di tatoo itu terlaknat. Mohon diberi pengertian, semoga Allah memberi anda kebaikan”.


Jawapan.
Diharamkan mentatoo diseluruh tubuh, baik tatoo sempurna mahupun yang tidak sempurna. Hendaklah ibumu membuang tatoo tersebut jika ia tidak membahayakan dan bertaubat serta istighfar atas apa yang telah diperbuatnya dahulu.


[Fatawa Lanjah Ad-Daimah, 5/198. Lihat, Zinatul Mar’ah, karya Syaikh Abdullah Al-Fauzan hal.103]


[Disalin dari kitab Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Maratil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita 3, Penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, Penerjemah Zaenal Abidin Syamsuddin, Penerbit Darul Haq]


HUKUM MEMBUAT TATOO SEMENTARA ADALAH TIDAK BOLEH
Oleh
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin

Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin ditanya : Dewasa ini muncul fenomena baru di dalam hal mencelak mata dan menipiskan bibir dengan cara ditatoo atau disuntik yang temoh kekal masanya berlangsung selama sekitar enam bulan atau setahun yang dimaksudkan sebagai pengganti celak yang biasa dan untuk menipiskan bibir. Bagaimana hukum perbuatan tersebut ?


Jawapan
Hal tersebut tidak boleh, kerana dikategorikan sebagai tatoo, dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat wanita yang membuat dan yang dibuatkan tatoo. Ini kerana menipiskan bibir dan mencelak mata dengan cara tersebut yang kekuatannya berlangsung dalam jangka waktu selama sekitar enam bulan atau setahun, dan setelah masanya habis diperbaharui lagi demikian seterusnya adalah serupa dengan tatoo yang diharamkan.

Sedangkan hukum asal celak dimaksudkan untuk mengubati mata yang warnanya sangat hitam atau sakit dengan menempelkan celak pada bulu mata dan pada kedua pelupuk mata, dalam keadaan mata yang sakit atau dimaksudkan untuk memelihara mata dari penyakit, di mana hal itu kadangkala menambah kecantikan serta menjadi hiasan bagi kaum wanita seperti layaknya perhiasan yang dibolehkan. Sedangkan menipiskan bibir dengan cara di tatoo dalam jangka waktu tertentu, maka menurut hemat saya, hal itu tidak diperbolehkan, dan hendaklah kaum wanita muslimah menjauhkan diri dari hal-hal syubhat.


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada keluarganya dan para sahabatnya.


[Disalin dari kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penyusun Khalid Al-Juraisiy, Penerjemah Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq]

HUKUM MENCABUT ALIS, RAMBUT PALSU DAN TATO
Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin


Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)


Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.

Maraji’
Disarikan dari Buku Fatwa – fatwa Terkini 3, Darul Haq, Jakarta, Cetakan Pertama, September 2004, hal 9-11

assunnah

Advertisements

3 thoughts on “Hukum Tatoo, Cukur Kening

  1. ubah suai kening, sebab suami suruh, itu pun tak boleh? nak nampak cantik depan suami pun tak boleh? alasan kalau orang bukan muhrim pandang, dah jadi hukum tabarruj yang haram?? Isteri saudara mesti dilarang berhias, betul tak?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Mencukur kening dilarang sebagaimana dalil di atas. Suami hanya wajib ditaati di dalam hal yang tidak bertentangan dengan syara’. Jika kehendak suami bercanggah dengan syara’, wajib untuk isteri tidak memenuhi kehendak suami. Contohnya si suami mahukan si isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram, sudah pasti isteri wajib untuk ingkar arahan tersebut.

    Wallahhua’lam.

  2. Salam.

    Saya ingin bertanya, jika hukum mencukur kening adalah haram, bagaimana pula dengan mencabut kening??? Kerana saya pernah diberitahu oleh rakan bahawa cukur mmg haram, tp cabut dibolehkan. Apakah hukum mencabut kening jika utk mengelakkan kening menyerupai kening lelaki.

    Terima kasih.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Kedua-dua hukumnya sama, tidak dibenarkan.
    Wallahua’lam

    .

  3. salam..

    nak tanya..kalo masa nak kawen mak andam akan touch up sikit kening pengantin perempuan.. katenye nak nampak seri. bukan cukur habis tapi cabut lebih kurang 5/6 helai je…boleh ke..?

    waalaikumussalam wbt

    Tidak boleh. Haram Insya-allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s