Assalamualaikum,
Minta sedikit penjelasan mengenai perkara berikut;
apakah sampai perbelanjaan harta kepada simati yg dikeluarkan setelah meninggal.
Cth membeli saham wakaf atas nama simati.
Jazakallah
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Zubayr_72 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah. Imam Nawawi rh. mengatakan sepakat ulama’ mengatakan bahawa amalan harta boleh sampaikan ganjarannya kepada si-mati, InsyaAllah. Dari Abu Hurairah ra, :- أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالا وَلَمْ يُوصِ ، فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ . “Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi Dari A’isyah ra. :- أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا ( أي : ماتت فجأة ) ، وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، فَلِي أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ “Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan :- وَفِي هَذَا الْحَدِيث جَوَاز الصَّدَقَة عَنْ الْمَيِّت وَاسْتِحْبَابهَا , وَأَنَّ ثَوَابهَا يَصِلهُ وَيَنْفَعهُ , وَيَنْفَع الْمُتَصَدِّق أَيْضًا , وَهَذَا كُلّه أَجْمَعَ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ “Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedeah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma’ seluruh Ulama.” Kesimpulannya, hukumnya boleh memunafaatkan harta si-mati dan sampai ganjarannya. WA. Sekian, wassalam |