Bekerja di Bank Konvensional

Soalan :

 

Pak Di :

 

 

1. adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional?

2. Kalau macam tu, adakah lawyer S&P pun dapat duit haram sebab klien nak pinjaman konvensional, bukan BBA?

 

Jawapan :

1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63

Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti ‘direct’ dan tidak.

Justerum, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card, car loan, saham yang tidak diluluskan Shariah. Hanay terhad kepada bentuk jawatan seperti ini.

 

2) Jawapan soalan En. Pak Di ni adalah datang dari hadith nabi yang banyak dan juga dari ayat Al-Quran, antaranya :-

a-Ayat Al-Quran : “Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan”

 

b- Hadith : “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

 

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapiia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

c– Hadith : “Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Keterangan : Ingin saya jelaskan di sini bahawa erti dari hadith ini merangkumi :-

  • Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit’ yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.

  • Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.

  • Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.

  • Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional.

d- Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim)

 

Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadith ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama Riba yang lebih besar dosanya dari arak.

e- Hadith : “Apabila riba dan zina sudah merata di suatu daerah, maka mereka telah menghalalkan dirinya untuk mendapat siksaan Allah.” (Riwayat Hakim; dan yang seperti itu diriwayatkan juga oleh Abu Ya’la dengan sanad yang baik)

 

Keterangan : Maka, hubung kait peguam yang menyediakan dokumen pinjaman riba adalah secara langsung menyebar luaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru, hukumnya amat jelas.

Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi.

Justeru, dari kumpulan dalil-dalil ini, maka soalan pakdi terpaksa saya jawab dengan jelas bahawa, amat tepat bahawa semua peguam-peguam yang tolong menyediakan dokumen riba, maka secara nas hadith, mereka termasuk dalam kategori hadith (c) samada dengan suka atau tidak. Samada ada bisnes atau tutup kedai. Tiada hujah masalahat boleh diguna dalam hal ini. Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak ‘direct’.

Jika ditanya, bagaimana ribuan peguam hari ni? jawabannya pertama saya adalah Allah SWT menyebut ” Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Ini bermakna, jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak boleh menjadikan sesuatu yang haram itu halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri dari jenis hokum yang tidak ada nas specific atau dalamkata lainnya ‘Zhonniyah’ iaitu tidak Qat’ie. Bagaimanapun Riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (QAT’IE- Tidak berubah menurut zaman).

Bagaimanapun, para peguam masih boleh mendapat wang yuran melelaui aktiviti lain, seperti mendapatkan bisnes merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan Riba. Ia adalah ‘neutral’ @ Harus dari sudut hukum.

 

Jika ada pula yang ingin berhujjah menggunakan hadith :-

ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره

Ertinya : Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya” (Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) – Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Kesimpulan jawapan soalan kedua ini adalah, ye benar, jika yuran guaman itu diterima hasil merangka dan membuat dokumen pinjaman Riba. Ia adalah wang haram secara sepakat berdasarkan dalil-dalil di atas.

zaharuddin.net 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s