Hukum Jadi Bilal, Pastu Imam

salam…

apakah hukum pada soalan itu? sbb ahli jemaah yang lain yg dtg tu x mau naik jadi imam sebab boleh dikatakan kurang layak. ada orang kata x boleh, tapi adakah sampai tahap x dpt pahala jamaah atau haram?

wassalam. thanx

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak ada larangan bagi seseorang yang melaungkan azan, melakukan Iqaamah dan seterusnya menjadi Imam. Berkata Imam al-Nawawi didalam al-Majmu’ Sharh Muhazzab : “Ijma’ (ulama’) orang Islam membenarkan seseorang muazzin menjadi Imam ……” (أجمع المسلمون على جواز كون المؤذن إماما).

Maka tidak timbul isu kurang pahala atau haram melakukan perbuatan demikian. WA.

Sekian, wassalam

 
Advertisements