Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Kategori ‘Wanita’

Hukum Membaca Al-Qur’an Bagi Orang Junub, Wanita Haid Dan Nifas

DIkirim oleh mohd masri di Mac 25, 2009

 


HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

“Ertinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

DHAIF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (dia berkata seperti di atas)

Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) daripada penduduk Hijaz dan penduduk Iraq” [1]

Saya berkata : Hadits di atas telah diriwayatkan oleh Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah seorang penduduk Iraq. Dengan demikian riwayat Ismail bin Ayyaasy dhaif. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Bersuci, Wanita, al-quran | 2 Komen »

Meletak wangian pada alat sulit wanita selepas haidh

DIkirim oleh mohd masri di Mac 17, 2009

 

Soalan: Dr, apakah perlu seorang wanita ketika mandi wajib selepas haid menggunakan wangian pada farajnya, seperti yang pernah saya dengar. Atau memadai sekadar dilalukan air sahaja? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Bersuci, Wanita | Leave a Comment »

Saf Wanita.

DIkirim oleh mohd masri di Februari 8, 2009

Rasulullah bersabda: ‘Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.’ (Riwayat Muslim).

saya tidak jelas tentang saf wanita,

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita, solat jemaah | 1 Komen »

Gambar Muslimah Di Internet

DIkirim oleh mohd masri di Februari 8, 2009

Salam

apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat…. Yellow Confused

asif
syukran kathiran
jawapan:
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita | Leave a Comment »

Wanita Haidh Membaca Doa Istikharah

DIkirim oleh mohd masri di Disember 1, 2008

 

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Bagi wanita yg uzur(haid),dan memerlukan kepastian sesuatu perkara, blhkan membaca sahaja doa solat istikharah (memandangkan dia tak blh solat)? Skian. Wsalam wrh. JKK

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita, doa | Leave a Comment »

Perempuan Berambut Pendek

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 13, 2008

Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita | Leave a Comment »

Puasa Wanita Haidh

DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008

Salam

Bagi wanita yang tidak boleh berpuasa kerana haidh, adakah dia boleh makan/minum di siang hari atau perlu juga berpuasa sebagai menghormati bulan ramadhan?

Terima kasih.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ramadhan, Wanita | Leave a Comment »

Wahai srikandiku! Uzur bukan penghalang ibadah

DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008

Assalamualaikum WBT.

Seorang saudari se Islam memberi komen di dalam blog ini. Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini. Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yg mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain. Sedang kan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ramadhan, Wanita | Leave a Comment »

Keringanan puasa bagi wanita mengandung dan menyusukan Anak

DIkirim oleh mohd masri di September 1, 2008

Bin Sahak

Soalan:

Cuaca di Teluk adalah panas sedangkan saya memiliki seorang anak yang berumur 5 bulan, Seringkali saya berasa dahaga yang bersangatan disebabkan menyusukannya. Soalan saya ialah tentang berbuka puasa Ramadhan. Apakah mesti dibimbangi berlaku kebinasaan (pada diri) baru boleh berbuka, atau cukup sekadar apabila merasai kesukaran/kesempitan ? Bagaimana pula saya hendak menggantikan hari-hari yang saya berbuka itu pada tahun hadapan kerana saya masih menyusuinya.

Jawapan:

Oleh : al-Syeikh Hamid al-’Attar (http://www.islam-online.net/)
Bismillah, Alhamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala rasulillah, wa ba’d.

Mengandung dan menyusukan anak semata-mata bukanlah merupakan sebab keringanan untuk berbuka dalam bulan puasa, akan tetapi mengandung dan menyusukan anak boleh menjadi sebab keringanan berbuka puasa jika disertai kebimbangan terhadap diri atau anak. Memadai dengan sangkaan yang banyak, atau melalui pengalamannya (jika diteruskan puasa akan menyebabkan mudharat), atau dengan pemberitahuan seorang Doktor yang dipercayai. Semata-mata dengan dahaga yang bersangatan, bukanlah satu alasan dari alasan-alasan yang membolehkan berbukan puasa, melainkan jika ada perakuan Doktor yang puasanya itu boleh menjadi sebab kemudharatan. Perkara ini berbeza antara setiap orang. Adapun semata-mata wujud kesukaran (utk berbuka puasa tidak boleh), kerana puasa itu sendiri adalah kesukaran

Para ulama berbeza pendapat dalam menghalusi persoalan wanita hamil dan menyusukan anak jika mereka berbuka, apakah mereka perlu qadha atau membayar fidyah atau kedua-duanya ? Atau apakah mereka tidak perlu berbuat apa-apa seperti seorang budak kecil ? Semua pandangan ini disebut oleh sebahagian ahli Fiqh, dan yang dipilih oleh al-Syeikh Dr. Yususf al-Qaradhawi, seorang perempuan yang tidak mampu qadha’, disebabkan dia tidak berada dalam bulan Ramadhan melainkan samaada dia sedang mengandung atau menyusukan anak, maka dia tidak dibebankan dengan qadha, memadai dengan dia membayar fidyah, adapun wanita yang kesempatan untuk qadha maka dia hendaklah qadha, tidak memadai dengan dia membayar fidyah.

wallahu a’lam

Dikirim dalam Ramadhan, Wanita | 1 Komen »

Bolehkah saya berpuasa 6 Syawal sedangkan saya ada qadha Ramadhan ?

DIkirim oleh mohd masri di September 1, 2008

Bin Sahak

Soalan:

Bagaimana bagi seorang wanita yang perlu qadha puasa Ramadhan, bolehkah dia menunaikan puasa sunat 6 Syawal sebelum membayar qadhanya ?

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Puasa, Wanita | Leave a Comment »