Assalamu’alaikum. Dalam hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah s.a.w. jelas mengarahkan agar memotong misai dan menyimpan janggut. Saya ada beberapa soalan yg berkaitan dgn hadis tersebut:
1.Bagaimanakah cara memotong misai menurut sunnah? Adakah mencukur sehingga licin atau menggunting sehingga pendek atau sekadar menggunting lebihan misai yg menutup bibir?
2.Apakah yg dimaksudkan dgn janggut dlm hadis tersebut? Adakah sekadar ‘rambut’ di dagu atau termasuk juga dgn jambang(bagi yg berjambang)?
3.Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yg bukan bermazhab syafie yg berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yg rajih?
4.Adakah memotong misai dan menyimpan janggut bagi lelaki (bagi yg dah tumbuh ler) sbgmana yg disebutkan dlm hadis adalah wajib atau sunat sahaja?
5.Saya gemar mencukur misai dan jambang (sehingga licin) tetapi membiarkan janggut di dagu, apabila janggut saya panjang pula, saya akan mengguntingnya, maknanya panjang janggut saya tidak sampai segenggam penumbuk kerana saya suka mengguntingnya apabila panjang. Apakah perbuatan saya ini bertepatan dgn sunnah atau sebaliknya? Ini kerana saya pernah terdengar bahawa panjang janggut menurut sunnah ialah mengikut panjang segenggam penumbuk.
Sekian, terima kasih. Continue Reading