Haiwan yang disukai dan lebih utama untuk dikorbankan
Hendaknya haiwan yang dikorbankan adalah haiwan yang gemuk dan sempurna. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala yang ertinya, “…barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu adalah berasal dari ketakwaan hati.” (Qs. Al Hajj: 32)
Berdasarkan ayat ini Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan bahawa orang yang berkorban disunnahkan untuk memilih haiwan korban yang besar dan gemuk. Abu Umamah bin Sahl menyatakan, “Dahulu kami di Madinah biasa memilih haiwan yang gemuk dalam berkorban. Dan memang kebiasaan kaum muslimin ketika itu adalah berkorban dengan haiwan yang gemuk-gemuk.” (HR. Al-Bukhari secara mu’allaq namun disampaikan dengan kalimat tegas dan disambungkan sanadnya oleh Abu Nu’aim dalam Al Mustakhraj, sanadnya hasan)
Di antara ketiga jenis haiwan korban maka menurut majoriti ulama yang paling utama adalah berkorban dengan unta, kemudian lembu kemudian kambing, jika belanja perbelanjaan masing-masing ditanggung satu orang (bukan perkongsian). Dalilnya adalah jawapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya oleh Abu Dzar radhiallahu ‘anhu tentang hamba yang lebih utama. Beliau bersabda, “Iaitu hamba yang lebih mahal dan lebih bernilai dalam pandangan pemiliknya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/374) Continue Reading




