2 comments on “Puasa Tetapi Tidak Solat

  1. Assalamualaikum w.b.t..

    Kita semua maklum akan hukum meninggalkan solat iaitu berdosa besar. Namun disini saya ada kemusykilan yang masih belum terjawab tentang hukum qada solat fadhu kerana ada percanggahan pendapat di dalam buku-buku serta orang yang saya rujuk tentang perkara ini. Ada yang mengatakan hukumnya wajib, ada yang kata tidak perlu qada atas alasan solat diluar waktunya adalah tidak sah.

    Saya bukanlah muslimah yang baik serta telah banyak meninggalkan solat fardhu suatu masa yang dahulu dan kini amat runsing memikirkan bagaimana untuk mengqadakan solat-solat tersebut kerana jumlah solat fardhu yang pernah saya tinggalkan begitu banyak sejak usia saya akil baligh iaitu 11 tahun hingga kini, saya berusia 24 tahun.

    Melalui pembacaan saya, yang selalu saya jumpa adalah topik tentang orang yang meninggalkan solat fardhu kerana terlupa ataupun tertidur. Bagaimana pula dengan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, mungkin kerana malas, mungkin kerana lewat mandi junub atau situasi yang serupa dengannya? Perlukah qada setiap bilangan solat fardhu yang ditinggalkan? Bagaimana pula dengan kaedah membayar fidyah untuk ganti qada solat fardhu?

    Saya mohon bimbingan dan penjelasan kukuh tentang perkara ini. Hati saya tidak tenang apabila memikirkan tentang kesalahan meninggalkan solat fardhu. Setiap kali selesai solat fardhu, saya asyik terkenangkan solat-solat yang perlu saya qada dan ini mengganggu kekusyukan saya di dalam solat.

    Selain itu, saya juga pernah terbaca tentang hukum yang mengatakan tidak boleh solat sunat selagi belum langsai hutang qada solat fardhu. Ini membuatkan saya ragu-ragu apabila ingin menunaikan solat tahajjud dan solat-solat sunat yang lain.

    Moga Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa saya dan merahmati hamba-Nya yang sudi memecahkan kebuntuan ini. Wassalam.

  2. Assalamualaikum wbt, saudari Atiera

    a) Benar, meninggalkan solat dengan sengaja adalah satu dosa besar.

    b) Benar wujud perbezaan pendapat dalam isu qadha solat. Saya menasihati saudari untuk berusaha mengqadha’ solat-solat yang telah ditinggalkan, dalam masa yang sama membanyakkan amalan soleh serta bertaubat kepada Allah dengan istighfar dan solat taubat.

    c) Tidak ada masalah, saudari boleh lakukan qadha sewaktu qiamullail, dan banyakkan berdoa ketika dalam sujud, lepas solat. Ia tetap dikira qiamullail walau saudari melakukan qadha solat.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s