Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Julai 2011

Puasa Tetapi Tidak Solat

Posted by mohd masri di Julai 31, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya mendapat soalan mengenai orang yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Banyak fatwa ditemui dan pelbagai ragam fatwanya.
Ini semua berpaksi kepada hukum meninggalkan solat dengan sengaja. Apakah jatuh kafir atau tidak. Sebahagian menyatakan hanya jatuh kafir jika menolak kewajipan solat, dan berdosa besar meninggalkannya jika masih beriman solat itu wajib. Sedangkan ada sekelompok ulama yang lain berpegang meninggalkan solat dengan sengaja jatuh hukum sebagai kafir tidak kira seseorang itu menolak kewajipan solat atau tidak. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | 2 Komen »

Kelebihan Bulan Ramadhan

Posted by mohd masri di Julai 20, 2011

B. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

 

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

 

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

 

Allah berfirman :

 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

 

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai

petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan

batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah

dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185] Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »

Petunjuk Puasa Nabi (Ust. Fathul Bari) A-Kelebihan Berpuasa

Posted by mohd masri di Julai 20, 2011

A. KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا  

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga

kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan

bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35] Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »

Seminar 1001 Persoalan Ramadhan

Posted by mohd masri di Julai 18, 2011

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269542_229178880446292_180258315338349_722918_732397_n.jpg

Kurang sebulan, Ramadhan akan menemui kita. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Apakah peristiwa sejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan? Sudahkah kita mengetahuinya?

Apakah sunnah-sunnah yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadhan? Solat terawih? Itu sahajakah? Atau ada sunnah-sunnah yang lain. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 527 other followers