Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan November 2010

Hukum Hakam Korban (2)

Posted by mohd masri di November 10, 2010

Haiwan yang disukai dan lebih utama untuk dikorbankan

Hendaknya haiwan yang dikorbankan adalah haiwan yang gemuk dan sempurna. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala yang ertinya, “…barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu adalah berasal dari ketakwaan hati.” (Qs. Al Hajj: 32)

Berdasarkan ayat ini Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan bahawa orang yang berkorban disunnahkan untuk memilih haiwan korban yang besar dan gemuk. Abu Umamah bin Sahl menyatakan, “Dahulu kami di Madinah biasa memilih haiwan yang gemuk dalam berkorban. Dan memang kebiasaan kaum muslimin ketika itu adalah berkorban dengan haiwan yang gemuk-gemuk.” (HR. Al-Bukhari secara mu’allaq namun disampaikan dengan kalimat tegas dan disambungkan sanadnya oleh Abu Nu’aim dalam Al Mustakhraj, sanadnya hasan)

Di antara ketiga jenis haiwan korban maka menurut majoriti ulama yang paling utama adalah berkorban dengan unta, kemudian lembu kemudian kambing, jika belanja perbelanjaan masing-masing ditanggung satu orang (bukan perkongsian). Dalilnya adalah jawapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya oleh Abu Dzar radhiallahu ‘anhu tentang hamba yang lebih utama. Beliau bersabda, “Iaitu hamba yang lebih mahal dan lebih bernilai dalam pandangan pemiliknya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/374) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban, sembelihan | Leave a Comment »

Hukum Hakam Korban (1)

Posted by mohd masri di November 10, 2010

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya, Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2) Syaikh Abdullah Alu Bassaam menyatakan, “Sebahagian ulama ahli tafsir menyatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan korban setelah solat Ied.” Pendapat ini dinukil daripada Qatadah, Atha’ dan Ikrimah (Taisirul ‘Allaam, 534, Taudhihul Ahkaam IV/450, & Shahih Fiqih Sunnah II/366). Dalam istilah ilmu fiqih haiwan korban biasa disebut dengan nama Al Udh-hiyah yang bentuk jamaknya Al Adhaahi (dengan huruf ha’ tipis).

Pengertian Udh-hiyah

Udh-hiyah adalah haiwan ternak yang disembelih pada hari Iedul Adha dan hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah kerana datangnya hari raya tersebut (lihat Al Wajiz, 405 dan Shahih Fiqih Sunnah II/366)

Keutamaan Korban

Menyembelih korban termasuk amal salih yang paling utama. ‘Aisyah radhiyallahu’anha menceritakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah anak Adam melakukan suatu amalan pada hari Nahr (Iedul Adha) yang lebih dicintai oleh Allah melebihi mengalirkan darah (korban), maka hendaknya kalian merasa senang kerananya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dengan sanad sahih, lihat Taudhihul Ahkam, IV/450) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban, sembelihan | Leave a Comment »

Kem Remaja Gemilang 2010

Posted by mohd masri di November 9, 2010

The image “http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1119.snc4/148155_10150317591280652_594980651_15537187_5997659_n.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Mukadimah

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!

Kem Remaja anjuran IQ dan INTIS kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar yang berkesan.

Siapa yang layak menyertainya?

Remaja berumur 13 hingga 16 tahun

Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 527 other followers