Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Januari 2010

Ketika akal bertentangan dengan wahyu

Posted by mohd masri di Januari 27, 2010

Akal Tidak Boleh Berdiri Sendiri

Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadis) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.

Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam manhaj | Leave a Comment »

Meletakkan akal pada tempatnya

Posted by mohd masri di Januari 27, 2010

Terlebih dahulu yang kita mesti fahami, setiap insan beriman hendaklah bersikap patuh dan tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu iaitu Al Qur’an dan Hadis itu berasal dari-Nya. Rasul memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan kita memiliki kewajipan untuk menerima wahyu tadi secara lahir dan batin.
Allah Ta’ala berfirman,

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. At Taghabun: 12) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam manhaj | Leave a Comment »

Bolehkah berubat dengan arak

Posted by mohd masri di Januari 27, 2010

Dalam perubatan Cina tradisional arak bersifat menghangatkan dan melancarkan perjalanan darah sehingga boleh menguatkan kesan perubatan. Lebih-lebih pada kes penyakit ‘yin/dingin’ dan gangguan perjalanan darah.[1]

Bagaimanakah pandangan Islam mengenai perubatan dengan arak?

Perlu diketahui, majoriti ulama mengharamkan berubat dengan Arak (iaitu sesuatu yang memabukkan) seperti arak. Alasan terlarangnya hal ini adalah sebagai berikut.

Pertama: Hadis Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi Baca baki entri ini »

Dikirim dalam perubatan | Leave a Comment »

Bersekongkol dalam pengeluaran arak?

Posted by mohd masri di Januari 27, 2010

Dalil yang Menunjukkan Pengharaman Arak

Dalil pertama: Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ , إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).” (QS. Al Ma-idah: 90-91) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Makanan, pekerjaan | Leave a Comment »

Apakah Arak Najis?

Posted by mohd masri di Januari 27, 2010

Pendapat Pertama: Arak itu Najis

Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama iaitu empat ulama mazhab, Syaikhul Islam Ibnu Taimiah dan ulama kontemporari seperti Syaikh Muhammad Amin Asy Syinqithi, Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyah wal Ifta’, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, dan Syaikh Sholih Al Fauzan.

Dalil pendapat pertama ini adalah firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.” (QS. Al Maidah: 90) Dari ayat ini, majoriti ulama berdalil bahawa Arak di samping haram, juga najis. Mereka memaknakan rijsun dalam ayat tersebut dengan najis. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Makanan, Najis | Leave a Comment »

Menggantikan Puasa Ibu bapa

Posted by mohd masri di Januari 26, 2010

:salam:

Saya ada kemusykilan mengenai bab puasa, ibu sahabat saya telah meninggal 3 tahun lepas, tetapi telah sakit dan uzur 2 tahun sebelumnya dan tidak larat utk puasa. Persoalannya ialah:

1. Jika anak-anak mahu menggantikannya, bolehkah dibahagi-bahagikan contohnya 60 hari dibahagi kepada 6 orang anak, yakni setiap seorang ganti 6 hari?

2. Jika kita bayar fidyah? Adakah anak-anak masih kena puasa juga? Yakni bayar fidyah+ganti puasa? Atau hanya perlu membayar fidyah dan tidak perlu ganti puasa.

Diharapkan panel al-ahkam dapat memberikan sedikit pencerahan.

wassalam

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Puasa | Leave a Comment »

Pabila pemilik hutang menghilangkan diri

Posted by mohd masri di Januari 26, 2010

Pertanyaan:

Bagaimana melunaskan hutang, apabila orang yang memberi hutang sudah meninggal dunia atau tidak diketahui sekarang dia berada di mana?

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam muamalat | Leave a Comment »

Wajibkah Berkumur Ketika Mandi Wajib

Posted by mohd masri di Januari 26, 2010

assalamualaikum…
saye ade soalan….ketika kita mandi wajib,wajib ke kita berkumur?

jawapan:

Hanabilah dan Hanafiyah mewajibkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung kerana wajib mengenai seluruh tubuh.

Adapun Malikiyah dan Syafi’iyah berpendapat bahawasanya berkumur dan beristinsyaq hanyalah sunnah sebagaimana disunnahkan ketika berwudlu.

Rujuk: Al-Fiqh Al-Islami 1/372,373. Syaikh Uthaimin berpendapat jika seseorang mandi lalu tidak berkumur-kumur dan beristinsyaq maka mandinya tidak sah (majmu’ fatawa 4/229)

-Petikan dari e-book Sifat Mandi Janabat oleh Al-Ustaz Abu ‘Abdil Muhsin bin ‘Abidin as-Soronji-

Kesimpulannya: Sebagai umat Islam, wajarlah kita mengamalkannya, kerana dengan mengamalkannya kita mendapat dua faedah

a) Keluar daripada khilaf
b) Pahala melakukan sunnah Rasulullah S.A.W

Dikirim dalam Bersuci | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 527 other followers