Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Disember 2009

Ijma’ Larangan Mengucapkan Tahniah Pada Perayaan Bukan Islam

Posted by mohd masri di Disember 24, 2009

Oleh Ustaz Muhammad Abduh
edit: Abu Usamah

Sebahagian orang memberi alasan bolehnya mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian kerana dianggap sebagai bentuk ihsan (berbuat baik). Dalil yang mereka bawakan adalah firman Allah Ta’ala,

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ [سورة الممتحنة:8].

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah: 8). Inilah di antara alasan untuk membenarkan mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian. Mereka memang membawakan dalil, namun apakah pemahaman yang mereka utarakan itu membenarkan mengucapkan selamat Krismas? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »

Sunnah Berpuasa Di Bulan Muharam

Posted by mohd masri di Disember 24, 2009

Oleh Ustaz Muhammad Abduh
Edit: Abu Usamah

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[1]

An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan, “Hadits ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharram.”[2]
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Puasa, sunnah | Leave a Comment »

Kem Solat Dan Pengurusan Jenazah [25-27 Disember]

Posted by mohd masri di Disember 22, 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Di sini, kami ingin memaklumkan satu berita gembira buat mereka yang ternanti-nanti dan berhajat menyertai Kem Solat Dan Pengurusan Jenazah. Walaupun asalnya ia hanya dibuka untuk umur 12-18 tahun sahaja, kerana terdapat permintaan mereka yang datang daripada golongan pelajar IPT dan orang-orang dewasa. Maka, pihak INTIS Consultant, selaku penganjur, membuka penyertaan kem kali ini untuk mereka yang berumur di atas 18 tahun.

Di sini detil tentang hal tersebut.

Modul LDK-

Peserta di atas umur 18 tahun akan diletakkan di dalam kumpulan tersendiri, dan tidak bercampur dengan peserta remaja. Ini untuk memudahkan pelaksanaan LDK supaya bersesuaian dengan peringkat umur.

Kelepasan daripada aktiviti yang ke anak-anakan.

Untuk aktiviti yang mungkin tidak sesuai untuk orang dewasa, yang akan dilakukan di dalam sesi riadah, peserta dewasa ini akan diberikan kelepasan untuk tidak menyertai aktiviti tersebut.

Had jumlah peserta dewasa.

Untuk peserta dewasa, jumlah penyertaan dihadkan kepada 20 orang sahaja.

Tarikh tutup penyertaan akan dilanjutkan ke 24 Disember 2009 [Khamis] jam 500 petang.

http://intisonline.files.wordpress.com/2009/12/jenazah-management-kem-solat-copy.jpg?w=478&h=358&h=358

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Asal Usul Pembahagian Tauhid Tiga

Posted by mohd masri di Disember 1, 2009

Artikel di bawah mampu merungkai syubhat yang ditimbulkan sesetengah pihak tentang Tauhid 3- Tauhid al-Uluhiyah, al-Rububiyyah, da al-Asma’ wa al-Sifat.

Yang menjadi penentu kebenaran sesuatu itu bukanlah pada nama dan istilahnya sebalik pada isi kandungannya. Mereka yang menyerang Tauhid3 dengan alasan Rasulullah SAW tidak pernah menggunakan doktrin ini seolah-olah lupa bahawa Sifat 20 yang mereka pertahankan juga tiada di zaman Rasulullah SAW.

Persoalannya, antara isi kandungan Tauhid 3 dan Sifat 20, manakah yang lebih selari dengan al-Quran dan al-Sunnah, manakah yang lebih mudah difahami untuk mempelajari akidah. Inilah yang patut dibahaskan, bukannya bergaduh dengan isu istilah Tauhid al-Uluhiyyah dan lain-lain. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 527 other followers