Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Solat Tahiyyatul masjid dalam waktu haram

DIkirim oleh mohd masri di Mei 22, 2009

Salam

Di sini saya ada sedikit kemusykilan. Biasanya bila ke masjid kita mesti buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan beberapa solat sunat lain kan? Masalahnya, macam mana kalau kita pergi ke masjid awal untuk solat Maghrib. Adakah dikira haram kalalu kita buat solat sunat sebelum masuk Maghrib. Sebabnya waktu diharamkan solat ialah selepas solat Asar kan? Maksudnya kita kena tunggu azan Maghrib dulu baru buat solat sunat atau macam mana?

Mohon pencerahan, Jazakallah…

Jawapan:

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إذا دخـــل أحدكم المسجـــد فــلا يجلس حتى يصـــلي ركعتين……..متفق عليه

“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )
(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )

Berkenaan masalah solat diwaktu haram terdapat khilaf ulama :

a. Ulama-ulama Hanafiah , Malikiah dan Hanabilah melarang segala solat diwaktu haram , berdalilkan maksud umum hadis larangan solat di waktu haram.

b. Manakala Syafiah dan satu riwayat dlm Mazhab Ahmad mengatakan hadis larangan itu adalah khusus untuk solat sunat mutlak tanpa pengkhususan sebab.Adapun , solat sunat yang khusus bersebab seperti solat tahyatul masjid , solat khusuf dan sebagainya adalah dibolehkan untuk kita mengerjakannya.

Tarjih :

Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.

Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.

Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :

إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والامام يخطب فليـــركع ركعتـــين

“Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”

WA

Ruj :
Taudih al-Ahkam min bulughu al-Maram , As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi

AAN

2 Respons kepada “Solat Tahiyyatul masjid dalam waktu haram”

  1. fuad berkata

    salam…..ustaz mcm mana pulak kalo kita masuk majlis ilmu,kita tidak perlu solat tahiyatul masjidkan….kita kena baca tasbih 4 kali….ye ustz….

    Aslm wbt

    Perlu solat tahiyatul Masjid, sedangkan ketika khutbah Jumaat pun Rasulullah saw suruh orang solat Tahiyatul Masjid.

  2. fariz berkata

    salam ustaz..
    saya mengajar di sebuah daerah pedalaman di mana semua penduduknya adalah non muslim..tinggal saya, guru besar+rakan guru(baru convert islam)+kerani(yang jarang2 masuk)..kami akan masuk ke pedalaman pada hari minggu dan akan pulang pada hari jumaat selepas waktu sekolah.untuk makluman ustaz,perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam setengah hingga 3 jam (bergantung kepada kedaan jalan dan cuaca)biasanya pada musim hujan (awal dan akhir tahun kami mengambil masa paling cepat 8jam)…soalan saya, bagaimana dengan solat jumaat kami?adakah kami wajib menunaikan soalt jumaat?adakah kami terpaksa mengorbankan waktu kerja(keluar pada hari khamis @ turun pada awal pagi jumaat yakni skip waktu kerja atau dalam bahasa mudah ponteng kerja)semata mata untuk menunaikan solat jumaat?untuk pengetahuan ustaz juga, saya meminta izin dari guru besar untuk pulang awal 2 kali sebulan untuk embolehkan saya menunaikan solat jumaat…dari segi keberkatan rezeki (gaji)..adakah halal gaji saya selama ini?saya cuba sedaya mungkin untuk ‘bekerja dalam masa’ supaya gaji saya berkah…minta ustaza memberi pandanagn bagi menguraikan kekusutan ini..wassalam.

    Assalamualaikum wbt.

    Yang mensyaratkan 40 orang makmum ialah mazhab Syafie. Tiada dalil yang jelas dalam hal ini.

    Cadangan saya ialah saudara dan guru-guru serta staf Islam di sekolah mendirikan solat Jumaat di sekolah. Boleh dilakukan di surau. Boleh bergilir-gilir menjadi imam dan khatib. Tiada masalah.

    Sila baca di sini
    http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28184&highlight=jumlah&sid=a0683322597122f4da5e0310827ba4b5

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>