Salam lewat dari imam
DIkirim oleh mohd masri di April 8, 2009
1- Apabila Imam bagi salam & makmum belum abis lagi, adakah makmum boleh abiskan bacaan atau makmum wajib tamatkan bacaan on the spot(tanpa sempurnakan ayat)
1. Apabila imam bagi salam, sama ada makmum masbuq atau muwafiq. Sekiranya makmun muwafiq, dia perlu menghabiskan bacaan wajib dalam tasyahhudnya. Dari segi hukumnya jika imam sudah memberi salam, terputuslah hubungan antara makmum dan imam. Sama ada makmum masbuq atau muwafiq:
Penjelasan al-Nawawi r.h :
إذا سلم الامام التسليمة الاولي انقضت قدوة المأموم الموافق والمسبوق لخروجه من الصلاة والمأموم الموافق بالخيار ان شاء سلم بعده وان شاء استدام الجلوس للتعوذ والدعاء وأطال ذلك
“Jika imam memberi salam pertama, maka terputuslah ikutan makmum sama ada muwafiq atau masbuq, kerana sebab keluarnya imam dari solat. Maka makmum muwafiq ada pilihan, jika ia ingin terus memberi salam selepas imamnya ia boleh, dan jika ia ingin terus duduk untuk membaca memohon minta perlindungan dan doa dengan memanjangkan lagi solatnya”
[Majmuk 3/484].
Kata al-Nawawi lagi : “Dan sayugia bagi makmum memberi salam selepas selesai salam imam. Al-Baghawi berkata : Sunat ia tidak memulakan salamnya sehinggalah selesai imam dari kedua-dua salam. Al-Mutawali berkata pula : Sunat ia memberi salam selepas selesai imam dari salam pertama. Dan inilah zahir nas al-Shafie dalam al-Buwaiti sepertimana nukilan al-Baghawi”.
[Majmuk 3/483]

Wann berkata
Salam..
Seperti yg kita tahu bertolak ansur tu amat penting..tp tiada tolak ansur dalam ibadah..contohnya..kita merebut tempat untuk berada di saf hadapan..tu bagus..tp yg saya keliru bila kita berebut tempat dgn org yg lbh tua dgn kita..nampak macam kita seorang yg tidak beradab dan tidak menghormati org laen..jd apa yg patut buat, terus berebut or pentingkan org laen?
Assalamualaikum wbt.
Tiada istilah tidak sopan di sini. Kita hanya mengamalkan apa yang Rasulullah saw suruh, contohnya berusaha mendapatkan saf pertama. Banyak benda yang dilihat kurang sopan, tapi sebenarnya ia disuruh syara’, contohnya tidak bersalam dengan bukan mahram dianggap tidak sopan sedangkan Islam tidak mengajar bersentuh dengan bukan mahram.