maaf kalau ini merupakan soalan ulangan..
adekah sah solat kalo baju ade gambar anjing??
gambar tu kecil n terletak di bahagian bawah baju..
mohon penjelasan..
jawapan:
Kami nukilkan jawapan yang diringkaskan daripada islam-qa
(http://www.islam-qa.com/ar/ref/83154)
Pertama : Tidak harus memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Berdasarkan kepada riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”. [RUJUK : Matalib Uli al-Nuha 1/353]
Sheikh Ibn Uthaimin r.h ditanya tentang hukum memakai pakaian yang ada gambar haiwan atau manusia. Beliau menjawab : “Tidak harus bagi seseorang memakai baju yang ada padanya gambar haiwan atau manusia…..”
Kedua : Sah solat dengan pakaian yang ada gambar manusia atau haiwan. Cuma ia berdosa.
Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat.
Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa.
[RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179]
Kesimpulannya, adalah lebih baik, kita memakai pakaian yang tidak bergambar. Mudah-mudahan solat kita diterima Allah taala.
WALLAHUALAM




assamualaikum ustaz.. kawasan perumahn sya. sering kali terputus air.. jadi bagaimna cara untk mengmbil air wuduk, saya biasa simpan air dlm baldi kecil.. bolekh air itu mengmbil wuduk
Waalaikumussalam wbt.
Tiada masalah, boleh sahaja, selagi mana air itu suci dan tidak bernajis.
Insya-allah.