Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Mac 2009

Hukum Membaca Al-Qur’an Bagi Orang Junub, Wanita Haid Dan Nifas

Posted by mohd masri di Mac 25, 2009

 


HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

“Ertinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”

Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”

DHAIF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (dia berkata seperti di atas)

Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) daripada penduduk Hijaz dan penduduk Iraq” [1]

Saya berkata : Hadits di atas telah diriwayatkan oleh Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah seorang penduduk Iraq. Dengan demikian riwayat Ismail bin Ayyaasy dhaif. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam al-quran, Bersuci, Wanita | 1 Komen »

Boleh memberi salam dan menjawab salam bukan mahram

Posted by mohd masri di Mac 23, 2009

MEMBERI SALAM KEPADA WANITA

Soalan:

Kami adalah mahasiswi-mahasiswi yang menuntut di salah sebuah universiti. Sudah menjadi kebiasaan kepada kami apabila para profesor datang, mereka akan memberi salam dan kami menjawabnya dengan sebaik-baiknya atau seperti yang diucapkan sebagaimana yang diperintahkan Allah s.w.t.

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (Surah al-Nisa`: 86)

Kami mempercayai bahawa ayat di atas bukan khusus kepada kaum lelaki sahaja. Tetapi salah seorang profesor kami tidak mengikuti kebiasaan ini dan beliau tidak memberi salam kepada kami. Pernah sekali secara terang-terangan saya bertanya kepadanya: Mengapa tuan tidak memberi salam kepada kami? Lalu beliau menjawab, memberi salam kepada wanita tidak harus mengikut syara’ dan suara wanita adalah aurat! Bagaimanapun beliau sebagai pensyarah kami, bercakap-cakap dengan kami dan kami bercakap-cakap dengannya, beliau bertanya kami menjawab dan sebaliknya. Kami sering berbincang dalam banyak perkara tanpa beliau mempertikaikan perbincangan tersebut. Jadi mengapa pula memberi salam sahaja yang ditegah? Adakah benar suara perempuan itu aurat, walaupun untuk menjawab salam atau ucapan-ucapan baik yang lain dalam keadaan menjaga adab-adab yang dituntut pada wanita muslimah ketika berdialog dengan bukan mahram? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam adab, Hubungan Lelaki Perempuan | Leave a Comment »

Derma Organ

Posted by mohd masri di Mac 22, 2009

Salam

Ana ada sedikit kemusykilan…

Bagaimanakah Islam memandang permasalahan MENDERMA ORGAN kpd org lain?

Cthnya ada org yg hampir mati lalu ingin menderma ORGAN yg tertentu kpd org lain kpd org lain sesudah dia mati… Tak mengapakah begitu? Bukankah keseluruhan tubuhnya perlu ditanam di dalam kubur secara bersama?

WA Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Jenazah | Leave a Comment »

Qiamullail Berjemaah

Posted by mohd masri di Mac 22, 2009

Bismillahi wal hamdulillah,

Sebenarnya memang terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang keharusan solat Malam (qiyamullail) atau solat sunat / nafilah secara berjemaah , dan ianya memang merupakan suatu perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah saw sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis Rasulullah saw antaranya yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin alYaman , Abdullah bin Mas’ud , Abu Hurairah dan lain-lain. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat sunat | Leave a Comment »

Berkahwin Tanpa Wali?

Posted by mohd masri di Mac 22, 2009

Salam

di sini saya ada beberapa persoalan:

1)bolehkah berkahwin tanpa diberitahu terlebih dahulu kepada wali bagi pengantin wanita?

2)terdapat pelajar yang berkahwin tanpa pengetahuan wali mereka,dan perkahwinan mereka dirahsiakan hingga ke suatu masa.adakah sah perkahwinan mereka?

3)sekiranya wali masih hidup,dan kedua ibu bapa bagi pengantin lelaki dan wanita tidak membenarkan berkahwin kerana usia yang masih muda,adakah mereka masih boleh berkahwin dan bagaimana caranya?

soalan ini ditujukan tanpa dikhaskan kepada sesiapa.. Yellow Very Happy

terima kasih.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Isteri Menolak Tinggal Bersama Keluarga Suaminya

Posted by mohd masri di Mac 19, 2009

 

Syaikh Ibnu Utsaimin

Pertanyaan:
Ada seorang pemuda berumur 23 tahun,d ia menikah dengan seorang gadis, yaitu puteri pakciknya sendiri (puteri dari saudara kandung ayahnya). Selama kurang lebih 4 bulan setelah menikah dia dan isterinya tinggal di rumah ayahnya. Dia berkata, “Pada suatu hari terjadi salah faham antara isteri saya dengan keluarga saya, maka isteri saya pergi ke rumah ayahnya, sesudah itu dia meminta kepada saya supaya menyewa apartement agar saya dan isteri boleh tinggal terpisah dan dapat menghindari berbagai masalah, atau tinggal di rumah ayahnya (ayah isterinya) dengan syarat hubungan saya dengan keluarga saya sendiri tidak putus dan saya boleh menanyakan terus tentang mereka. Kemudian saya menyetujuinya dan saya beritakan kepada keluarg saya, namun mereka menolaknya, bahkan mereka bersikeras agar saya tetap tinggal bersama mereka. Apakah saya berdosa apabila saya menyalahi keinginan keras mereka dan saya bersama isteri tinggal di apartement mertua?”

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | 1 Komen »

BERZAKAT KEPADA SAUDARANYA TANPA PENGETAHUAN SUAMINYA

Posted by mohd masri di Mac 19, 2009

 

BERZAKAT KEPADA SAUDARANYA TANPA PENGETAHUAN SUAMINYA

Ole
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta

Pertanyaan
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya : Apakah boleh bagi seorang wanita untuk mengeluarkan shadaqah daripada hartanya sendiri atas nama salah seorang saudaranya yang telah meninggal tanpa sepengetahuan suaminya, dan apakah hukumnya jika yang disedekahkan itu adalah harta suaminya ? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan, zakat | Leave a Comment »

MENUNTUT TALAK KERANA SUAMI MANDUL

Posted by mohd masri di Mac 19, 2009

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : “Seorang wanita telah lama menikah dan tidak dikurniai anak. Dari hasil pemeriksaan perubatan ternyata yang mandul adalah suaminya dan tidak mungkin boleh mempunyai keturunan. Apakah boleh wanita tersebut menuntut talak?”.

Jawapan Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Wanita Mahu Menikah Dengan Syarat Dia Tetap Boleh Mengajar

Posted by mohd masri di Mac 19, 2009

 

Syaikh Abdul Aziz bin Baz

Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : “Seorang wanita mahu menikah dengan
syarat dia boleh tetap mengajar dan calon suaminya menerima syarat tersebut, setelah terjadi kesepakatan wanita tersebut mahu menikah. Apakah si suami tetap wajib memberi nafkah kepadanya dan kepada anak-anaknya sementara wanita tersebut pegawai negeri ? Dan apakah boleh dia (suami) mengambil gaji isterinya tanpa mendapat persetujuannya ? Dan jika wanita itu seorang yang beragama dan tidak mahu mendegar muzik tetapi suami dan keluarga suami memaksanya dengan mengatakan : Sesungguhnya orang yang tidak suka mendengarkan muzik hatinya gundah. Apakah isteri tersebut mesti tetap tinggal bersama suaminya dalam keadaan seperti itu ?” Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Berniaga di dalam masjid

Posted by mohd masri di Mac 17, 2009

 

Soalan: Pandangan Dr MAZA mengenai sesetengah penceramah yang berkempen atau menjual barangan mereka dalam masjid Baca baki entri ini »

Dikirim dalam ekonomi, Masjid | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 527 other followers