Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Mencukur Bulu Kemaluan

DIkirim oleh mohd masri di Januari 12, 2009

Salam Tuan, Saya ditanya oleh non-muslim kenapa kita perlu mencukur bulu ari-ari. Saya jawab kerana sunnah nabi dan kebersihan. (1) Soalan saya, ada tak sebab lain dari segi biologi/sains kenapa kita digallakn untuk mencukur bulu ari-ari? Kalu boleh panel fiqh tolong jawab ye (1) Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan (2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang. harap dapat membantu. terima kasih Wassalam


Assalamualaikum wrt wbt

Bismillah Walhamdulillah, Amma Ba’d :

(1)Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan

Ada banyak hadis-hadis, antaranya :

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)

Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.

Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.

Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
(http://www.55a.net/firas/farisi/print_details.php?page=show_det&id=305)
Wallahualam .

al-ahkam

14 Respons kepada “Mencukur Bulu Kemaluan”

  1. STUDENT berkata

    assalamualaikum..
    sy nk brtya nie..?
    betulkah apa yg kwn sy prnh bgtau iaitu mncukur bulu kmaluan haram dan kita sharusnya mencabutnya..

    Assalamualaikum wbt.

    Apa dalilnya mencukur bulu kemaluan haram?

  2. insan_ingin_tahu berkata

    ustad, saya selalu menjaga kebersihan diri seperti momotong kuku, menipiskan janggut & bulu ari-ari serta mencukur misai.

    selain dari itu saya juga menipiskan juga bulu di ketiak, oleh kerana saya tidak menyukai bulu ketiak yang panjang dan berbau. saya adalah seorang lelaki, dan bolehkan saya melakukan perbuatan ini. sekian.

  3. mohd masri berkata

    Soal :
    Bolekan mencukur bulu ketiak dengan pisau cukur?

    Jawab :
    Alhamdulillah, boleh! Sebab yang diperintahkan adalah menghilangkan bulu ketiak dengan mencabut, mencukur atau cara-cara lainnya. Mencabutnya tentu lebih utama jika mudah dilakukan. Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam : “Fitrah ada lima: Khitan, menggunting kumis, menggunting kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan.” (Muttafaqun ‘alaihi)

    Fatawa Lajnah Daimah V/171.
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/24/hukum-cukur-bulu-ketiak/

  4. mat sapi berkata

    aslkm,saya nak tanya adakah mencukur bulu ari-ari itu haram???apekah keburukan jika tidak mencukurnya????

    Assalamualaikum wbt, saya tidak berjumpa dalil menyatakan haram bahkan sunnah memotongnya.

  5. siti berkata

    salam,saye nk tanyer satu soalan,bkn berkaitan cukur ari, sye akan mendirikan rmhtangga tdk lame kg,tp sblm ni saye penah terlanjur dgn kekasih lame skali,sye sdh pun insaf,mslah sekarang,adakah bakal suami saye akan mengetahui ketiadaan dara saye dan ape yang harus saye lakukan,sye btul2 dah insaf,benci kpd perbuatan dlu dan tkut bkal suami mengetahui,ape yang harus saye lakukan,minta bantuan….

    Assalamualaikum wbt.

    Apa yang perlu saudari lakukan ialah bertaubat kepada Allah swt, beristighfar, menjauhu perkara yang boleh membawa kepada ma’siat, dan berdoalah kepada Allah agar memudahkan urusan saudari untuk bernikah dengan seorang lelaki yang sholeh.

  6. myza berkata

    Assalamualaikum…
    kepada siti,
    saya simpati dgn awak.sayang sekali kerana awak tak dapat nak menjaga kesucian diri awak sebelum berkahwin dgn bakal suami awak.saya yakin dan pasti awak sudah menyesal tapi soal dara ni sukar untuk ditutup dan ditipu. berdoalah pada Allah supaya awak diampunkan dan berserahlah kepada ketentuanNya.memang lelaki sukar untuk menerima jika bakal isterinya sudah tiada dara namun jika seandainya dia mengetahuinya setelah anda berkahwin saya berharap anda bersiap sedia dengan apa jua tindakannya termasuk bercerai dengan anda.janganlah selepas ini anda semakin menjauhi ALLAH dan melakukan perkara yang diluar batasan serta ajaran agama.ingatlah semua perkara yang berlaku ada hikmahnya dan bersedialah untuk dilukai.sekian, wassalam.

  7. aliza berkata

    assalamualaikum…

    sy nak tanye…bolehke mencabut bulu ari2?(bukan mencukur). ini kerana,sy mempunyai masalah alergik jika sy mencukur…adakah ini mendatangkan kesan sampingan?seperti melemahkan otot faraj?

    Waalaikumussalam wbt.

    Boleh sahaja mencabut bulu kemaluan, tiada masalah.

  8. Cie-- berkata

    Salam…
    sy akn b’kahwin dalam bln syawal thn ni…nak tanye,bilakah wktu yg sesuai utk mcukur bulu ari2 sblm prkhwnn?

    Assalamualaikum wbt, cukurlah bila-bila. Islam tidak menetapkan bila perlu dipotong.

  9. Musykil berkata

    soalan:
    Assalammualaikum..ustaz saya nak bertanya.. betul kah..kita hanya boleh mencukur bulu ari-ari.. setelah 40 hari dari hari sebelum kita mencukurnya.

    Waalaikumussalam wbt.

    Tidak benar, setahu saya tiada dalil menyatakan sedemikian.

    Wallahua’lam.

  10. Optimistic berkata

    kepada Myza dan Siti,

    Ni tentang cik siti yg katanya dah penah terlanjur. saya kira syukurlah kalau siti dah bertaubat. utk myza, bagus juga nak nasihat org tapi cara myza nasihat tu lebih macam tak kena saya kira. siapa kita nak judge siti? kenapa nak diugut dgn cerai dan macam2? perkahwinan atas dasar seks semata kah?
    siti, saya penah jugak baca nasihat utaz2, kalau benda aib dan boleh dtgkan kemudaratan, elok didiamkan saje. kalau myza kata mcam2 mana pun mesti bakal suami tu tau siti dara atau tidak, eh, macam mana dia tau kalau dia sendiri tak penah buat?
    saya byk dgr org lelaki yg dgn bangganye berkata, mereka sure tahu wanita tu dara atau tak. wah, bagi saya, itu kata2 org yg ada pengalaman. kalau setakat dgr dan berdasarkan pengalaman org lain, kita kena get real. pengalaman masing2 tak sama, dan semua pun kebetulan saje.
    kalau siapa2 kata lelaki mesti tahu punye, bagi saya itu kata2 angkuh. sebab, secara umumnye kita semua tau, tiada yg lain lebih mengetahui melainkan Allah swt.
    ustaz,
    saya tak mintak iyakan apa saya kata. tapi, nak cakap apa2, saya quote kata ustaz ” apa dalilnya?” yg mengatakan lelaki mesti/boleh tau wanita ada dara atau tidak.
    terima kasih.

  11. pengantin baru berkata

    salam.saye nk tny,bolehkah sy sbg isteri mencukur utk suami dan sebaliknye?

    Waalailkumussalam wbt.

    Boleh tiada masalah, tiada aurat antara suami isteri.

  12. siti berkata

    apakah hukum memotong kuku, memotong rambut, dan mencukur bulu kemaluan semasa dalam pantang??adakah rambut, bulu kemaluan dan kuku yang telah dipotong perlu disimpan untuk di mandikan semasa mandi wajib setelah nifas berakhir?

    Assalamualaikum wbt.

    Tiada masalah memotong kuku, rambut, bulu dan lain-lain. Tidak perlu disimpan atau dimandikan. Buang sahaja seperti biasa. Tiada dalil menyuruh disimpan, dimandi.

    Wallahua’lam.

  13. farize berkata

    salam

    saya akan berkahwin tidak lama lagi.saya seorang wanita yg mempunyai masalah bulu tangan dan kaki yang sgt lebat, kadang2 mengalahkan lelaki..malahan saya mempunyai misai tipis di atas bibir..persoalanya, bolehkah saya membuang segala bulu2 tersebut dgn menggunakan kaedah moden seperti laser?yg sy tahu mencukur bulu kening adalah haram tetapi adakah haram utk membuang bulu tgn, kaki, dan misai tipis bg perempuan?harap ustaz dpt membantu saya dlm persoalan ini.terima kasih

    Assalamualaikum wbt.

    Yang dilarang ialah mencukur kening, bulu-bulu lain adalah harus bahkan bulu-bulu seperti ketiak, kemaluan adalah sunnah. Jadi tiada masalah mencukur bulu kaki, misai dan lain-lain.

    wassalam

  14. Salam..

    Akh optimistic..memang ada hadith yg diriwayatkan oleh imam muslim berkaitan berkahwin dengan dara..Ini diambil dari kisah Jabir..

    Hadith didalam bahasa inggeris..

    Jabir b. ‘Abdullah (Allah be pleased with them) reported: I went on an expedition with Allah’s Messenger (may peace be upon him). He overtook me and I was on a water-carrying camel who had grown tired and did not walk (trot). He (the Holy Prophet) said to me: What is the matter with your camel? I said: It is sick. He (the Holy Prophet) stepped behind and drove it and prayed for it, and then it always moved ahead of other camels. He (then) said: How do you find your camel? I said: It is, by the grace of your prayer, all right. He said: Would you sell this (camel) to me? I felt shy (to say him,” No” ) as we had no other camel for carrying water, but (later on) I said: Yes, and to I sold it to him on the condition that (I would be permitted) to ride it until I reached Madina. I said to him: Allah’s Messenger, I am newly married, so I asked his permission (to go ahead of the caravan). He permitted me, and I reached Medina well in advance of other people, until I reached my destination. There my maternal uncle met me and asked me about the camel, and I told him what I had done with regard to it. He reproved me in this connection. He (Jabir) said: When I asked his permission (to go ahead of the caravan) Allah’s Messenger (may peace be upon him) inquired of me whether I had married a virgin or a non-virgin. I said to him: I have married a non-virgin. He said: Why did you not marry a virgin who would have played with you and you would have played with her? I said to him: Allah’s Messenger, my father died (or he fell as a martyr), and I have small sisters to (look after), so I did not like the idea that I should marry a woman who is like them and thus be not able to teach them manners and look after them properly. So I have married a non-virgin so that she should be able to look after them and teach them manners, When Allah’s Messenger (may peace be upon him) came to Medina, I went to him in the morning with the camel. He paid me its price and returned that (the camel) to me.

    Tapi..jika kita melihat pada hadith ini,adakah “dara” yg dimaksudkan Rasulullah,sama dengan “dara” yg kita faham?

    “dara” yg Rasulullah nak maksudkan adalah mereka yg belum berkahwin dan belum ada pengalaman dalam berumahtangga..jadi dapat bermain bersama2..

    jika yg janda..mereka telah ada pengalaman bersama suami lama mereka..kadang2 mereka mungkin akan membezakan antara suami mereka yg lama dan suami mereka yg baru..itu saja..

    kalau nak ikut dara yang orang kita faham…Zalimlah kita pada mereka yg kena rogol..bukan salah mereka..tapi kita bagaikan nak kata mereka tidak layak utk berkahwin dengan orang yang baik..

    Ana stuju dengan akhi optimistic…utk ukhti siti..bertaubatlah kepada Allah..dan perbaiki diri utk menjadi wanita solehah..Allah akan kurniakan kamu lelaki yang soleh,yg mana tujuan perkahwinannya bukan kerana seks semata2..tetapi utk menuju Allah dan bertemu kembali diSyurga sesudah terpisah didunia(mati)..

    Ya Ukht Siti..semoga Allah menjadikan kamu insan bertaqwa..

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>