Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Ayat al-Quran sebagai ayat pengasih

DIkirim oleh mohd masri di Disember 1, 2008

 

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz,
Seorang teman blogger memberitahu tdapat ayat2 dlm Al-Quran yg blh diguna utk memudahkan kita melupakan/membenci seseorang (khususnya diapplikasi oleh golongan yg bcerai/bpisah). Benarkah ? Jika ya, apakah ayat tersebut dan bagaimana amalannya?
Jazakallah KK

Jawapan:

Al-Quran adalah kitab hidayah (petunjuk) dan rahmat, menyelesaikan permasaalahan umat, menyeru kepada persaudaraan dan kasih-sayang. Allah SWT berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (ali Imran: 103)

Yang menyeru kepada kebencian, permusuhan dan perbalahan adalah perbuatan Syaitan yang dilaknat. Allah berfirman di dalam al-Quran:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Maksudnya: “Hanyasanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya).” (al-Maidah:91)

Bagaimana kawan saudara tergamak menisbah perkara yang sehodoh itu kepada al-Quran yang merupakan kalam Allah SWT. Ini adalah satu kesalahan yang besar. Wajib ke atas dia bertaubat dari salah fahamnya yang teramat keji dan hina itu.

Dia telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Ini kerana dia jahil dan dia pula tidak mahu berusaha untuk menghilangkan kejahilannya. Nasihatkan kawan saudara supaya dia rajin-rajinkan dirinya menuntut ilmu-ilmu agama yang merupakan kewajipan ke atas dirinya, sehingga dia reti untuk membezakan antara perkara yang benar dan yang batil, Sesungguhnya dia dan kita, semuanya akan ditanya diakhirat kelak,

***Bagi yang mengalami masalah rumah tangga umapamanya, sehingga ke peringkat penceraian. Nabi SAW mengajarkan supaya setiap orang meminta pertunjuk daripada Allah dengan menunaikan solat Istikharah dan membaca doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, yang mana di dalam doa tersebut ada permintaan yang maksudnya lebih kurang:

“Ya Allah, sekiranya perkara ini buruk untuk aku, agama ku dan kehidupanku, maka jauhilah ia daripadaku dan jauhkanlah aku darinya…”

Sila rujuk soal-jawab untuk solat istikharah.

wallahu a’lam.
binsahak

4 Respons kepada “Ayat al-Quran sebagai ayat pengasih”

  1. nur islami berkata

    Askum ustaz,

    adakah salah sekiranya seseorang itu membaca sesuatu ayat al-Quran bertujuan untuk memikat seseorang? bukan sengaja, tetapi ingin dijadikan pasangan untuk berkahwin?

    Assalamualaikum wbt
    Rasulullah saw tidak pernah mengajar menjadikan al-Quran sebagai ayat pengasih, pemikat etc. Jauhi perkara-pekara khurafat. Berdoalah kepada Allah
    .

  2. aaa berkata

    Assalaualaikum Ustaz,

    Saya pernah terbaca dalam Madarijus Salikin. Maksudnya begini.

    Kata Ibnul Qayyim: Aku melihat Syeikhul Islam apabila berhadapan dengan kesusahan maka beliau akan membaca beberapa ayat dalam Al-Qur’an untuk mendapatkan ketenangan. Kemudian Ibnul Qayyim menyebutkan 5 ayat. Kemudian Ibnul Qayyim menyebutkan 3 faedah daripada ayat-ayat tersebut.

    Apa pendapat Ustaz tentang perkara ini. Adakah jika saya melihat sesuatu ayat itu sesuai dengan seusuatu keadaan, maka saya jadikan amalan untuk saya. Misalnya, jika saya ingin memulakan pelajaran maka saya baca “Rabbi zidni ilma” atau “Subhanakala ila lamna…” untuk mengambil berkat dengan ayat tersebut. Ataupun perkara ini tidak boleh.

    Jika tidak boleh, bagaimana pendapat Ustaz tentang perkataan Ibnul Qayyim dan perbuatan SYeikhul Islam.

    Jika Ustaz mengatakan bahawa ayat “Rabbi zidni ilma” adalah doa, maka saya katakan bahawa ayat-ayat yang dibca oleh Syeikhul Islam adalah ayat-ayat yang bukan ada perkataan doa.

    Minta pandangan Ustaz.

    Assalamualaikum wbt.

    Untuk apa ayat-ayat itu diamalkan? Bagaimana saudara boleh katakan ayat tersebut bukan doa’ Apakah perkataan rabbi zidni Ilma yang bermaksud Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu itu bukan doa?

    Jika boleh, saudara tuliskan di sini teruks teks Ibnu al-Qayyim dari Madarijus Salikin sebagai faedah untuk semua pembaca, saya akan cuba periksa dalam kitab itu. Jazakallahu khair untuk perkongsian.

  3. aaa berkata

    Ni nas dia? Saya tanya untuk dapatkan ilmu. Mudah2an dengan bermuzakarah dapat berkembang ilmu

    Satu lagi, mungkn kita boleh keluarkan kaedah-kaedah dan dhawabit2 yang belum berapa jelas. Kadang2 kita rasa satu perkara tu tak boleh tapi ada perbuatan yang menunjukkan boleh. Saya hanya seorang pelajar

    مدارج السالكين – (ج 2 / ص 503)
    وسمعته يقول في واقعة عظيمة جرت له فى مرضه تعجز العقول عن حملها من محاربة أرواح شيطانية ظهرت له إذ ذاك في حال ضعف القوة قال : فلما اشتد علي الأمر قلت لأقاربي ومن حولي : اقرأوا آيات السكينة قال : ثم أقلع عني ذلك الحال وجلست وما بي قلبة
    وقد جربت أنا أيضا قراءة هذه الآيات عند اضطراب القلب مما يرد عليه فرأيت لها تأثيراعظيمافي سكونه وطمأنينته
    فصل ومن منازل إياك نعبد وإياك نستعين منزلة السكينة
    هذه المنزلة من منازل المواهب لا من منازل المكاسب وقد ذكر الله سبحانه السكينة في كتابه في ستة مواضع : الأولى : قوله تعالى : وقال لهم نبيهم : إن آية ملكه : أن يأتيكم التابوت فيه سكينة من ربكم البقرة : 248 الثاني قوله تعالى ثم أنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين التوبة : 26 الثالث : قوله تعالى إذ يقول لصاحبه : لا تحزن إن الله معنا فأنزل الله سكينته عليه وأيده بجنود لم تروها التوبة : 40 الرابع : قوله تعالى هو الذي أنزل السكينة في قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمانا مع إيمانهم ولله جنود السموات والأرض وكان الله عليما حكيما الفتح : 4 الخامس : قوله تعالى : لقد رضي الله عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة فعلم ما في قلوبهم فأنزل السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا الفتح : 18 السادس : قوله تعالى : إذ جعل الذين كفروا في قلوبهم الحمية حمية الجاهلية فأنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين الفتح : الآية
    وكان شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله إذا اشتدت عليه الأمور : قرأ آيات السكينة

    وسمعته يقول في واقعة عظيمة جرت له فى مرضه تعجز العقول عن حملها من محاربة أرواح شيطانية ظهرت له إذ ذاك في حال ضعف القوة قال : فلما اشتد علي الأمر قلت لأقاربي ومن حولي : اقرأوا آيات السكينة قال : ثم أقلع عني ذلك الحال وجلست وما بي قلبة
    وقد جربت أنا أيضا قراءة هذه الآيات عند اضطراب القلب مما يرد عليه فرأيت لها تأثيراعظيمافي سكونه وطمأنينته

  4. aaa berkata

    Ustaz Abu Usamah,
    Kalau boleh ana minta ustaz cari jawapan segera. Ana boleh bawakan banyak lagi perbuatan begini dari ulama2 Sunnah. Mudah2an kita dapat petunjuk

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>