Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Macam mana nak kenal bid’ah

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Assalamualaikum.

Saya kurang faham tentang penentuan sesuatu hal itu bidaah atau tidak. Sebagai contoh: aqidah sifat 20 dikatakan bidaah kerana tiada nas dari al-quran atau sabdaan nabi s.a.w. bahawa sifat wajib bagi Allah itu 20. Bagaimana pula dengan pembahagian tauhid kepada tiga (rububiyah, uluhiyah dan asma wasifat) dalam salafi? Al-Quran dan nabi.s.a.w. juga tidak pernah bersabda bahawa tauhid itu terbahagi 3. Kenapa hal ini bukan bidaah walaupun tiada nas.

Contoh lain… dikatakan penentuan keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan dalam Jemaah tabligh dikatakan bidaah sebab tiada nas. Mengapa penentuan belajar agama 3 tahun, 4 tahun di jordan atau mesir bukan bidaah walaupun tiada nas? Juga mengajar sunnah pada hari dan waktu yang sama secara berterusan, mengapa ini bukan bidaah (adakah nabi mengajar demikian), sedangkan jika membaca yasin pada malam jumaat secara berterusan itu bidaah.

Dan banyak contoh-contoh lain lagi… minta respon dari para ustaz..

jawapan:

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Bila mana kita tidak tahu tentang sesuatu , hendaklah kita bertanya pada yang tahu , sebagaimana yang disuruh oleh Allah swt dalam al-Quran.Barulah kita tidak dibebani dengan kekeliruan dan seterusnya tidak sewenang-wenangnya mengatakan itu dan ini tanpa ilmu dan pengetahuan yang jelas mengenainya.

Ringkasnya , bid’ah atau perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw adalah dikira dari sudut ibadat sahaja.Ini kerana perkara Ibadat ialah perkara taufiqiyyah yang mana sesuatu ibadah itu dilakukan jika terdapat dalil atau suruhan agar dikerjakan perkara tersebut.Sebab itu dikatakan membaca yasin pada malam jumaat itu adalah perbuatan bid’ah kerana ianya tidak ada tunjuk ajar dari Baginda saw.

Kenapa pula perlu dikaitkan dengan tempoh masa menuntut ilmu samada 3 atau 4 tahun??….. Adakah ianya perkara ibadah??…..

Nasihat kami , sebelum kekeliruan tersebut menjadi makin tidak tentu arah , maka untuk mengatasinya , kami mencadangkan agar saudara/i yang bertanya klik ke url dibawah :

http://www.al-ahkam.net/portal-hadith/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=136

Semoga ianya bermanfaat dan in sya Allah segala kemusykilan saudara/i akan terjawab.

WA

2 Respons kepada “Macam mana nak kenal bid’ah”

  1. mohd berkata

    Assalamualaikum.
    Adakah amalan membaca matsurat itu bid’ah? Jika ya, adakah saya perlu meninggalkannya terus?Terimakasih.

    Assalamualaikum wbt,

    di dalam al-Mathurat susunan Hasan al-Banna ada yang warid dari Rasulullah saw, ada yang tidak. Contoh yang tidak ialah doa Rabithat. Ia hanyalah doa susunan Hasan al-Banna, tidak ada beza dengan doa yang kita reka atau susun sendiri.

    Maka, pilihlah zikir-zikir yang mathur dari Rasulullah saw sahaja, dan jika dibaca secara beramai-ramai, dikhuatiri jatuh ke dalam bid’ah kerana Rasulullah saw tidak mengajar sedemikian rupa.

    Dan saudara boleh menggunakan buku-buku yang menghimpun zikir-zikir yang Rasulullah saw ajar seperti di dalam Hisnul Muslim, al-Adzkar dan lain-lain.

  2. Fizdan berkata

    Uztaz adakah puasa di bulan rejab itu bida’ah ?

    harap tunjuk ajar

    Assalamualaikum wbt.

    Sila baca di sini
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/#comment-9740

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>