Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Oktober 2008

Sumpah Tak Nak Jumpa Mertua

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 31, 2008

Assalamualaikum….

Saya ada musykil dengan satu perkara…

3 Tahun lepas saya ada selisih faham dengan ibu mertua sehingga menyebabkan saya bersumpah dengan nama allah yang saya takkan jejak kan kaki ke rumah keluarga mertua saya lagi sehingga akhir hayat.tapi kini ibu mertua telah menyedari salahnya dan memohon maaf dengan saya serta mahu berbaik semula dengan saya.sebagai umat islam saya ingin hubungan kekeluargaan itu disambung semula.

Jadi bolehkah saya menjejakkan diri semula ke rumah mertua sedangkan saya pernah bersumpah 3 tahun dulu.Bagaimana cara untuk saya selesaikan masalah ini. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam sumpah | Leave a Comment »

Dilema seorang Isteri: Antara suami dan ibu

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

saya seorang perempuan berumur 30 tahun. sudah mendirikan rumahtangga sejak tiga tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. saya selalu dengar tentang keluhan para isteri yg tidak puas hati dengan tindak tanduk mak mertua masing2. tapi utk kes saya ini lain.

sekarang ini saya & suami serta anak tinggal dirumah emak saya sejak 2 tahun selepas bapa saya meninggaldunia. tujuan saya memutuskan utk tinggal bersama emak saya kerana hendak menemani emak kerana dia tinggal seorg memandangkan kakak tinggal dirumah lain bersama suami dan adik lelaki tinggal di subang.

saya tahu saya sebagai seorang anak mesti membantu, mentaati, melayani emak sebaik mungkin, mungkin saya ade buat silap kpd mak saya sbb saya tahu yg saya tak perfect, hanya manusia biasa. tetapi, mak saya masih tak puas hati dengan layanan saya terhadap dia. dia ckp yg saya ni sayang suami lebih dari dia (cara dia ckp mcm sy tak pedulikan die & mcm mendera dia). selain daripada itu,bila saya britau die saya hendak balik kampung suami saya, dia tak setuju sbb membuang duit dan lebih afdal kalau balik pada hari raya shj. dan semalam, baru je terjadi lagi pergaduhan hanya kerana cara saya mendengar perbualan dia. dia ckp kalau dia bercerita dgn saya, saya seperti tidak mendengar dgn betul & tidak pandangnyer. padahal mmg saya dengar & dia berada di hadapan saya, cuma mata saya ke tv. pastu, dia ckp bila saya berbual ngan suami saya, saya siap pandang belakang mengadap suami saya.

jadi soalannye ialah

1. syurga anak perempuan yg berkahwin terletak di mana? di bawah ibunya atau suaminya?

2. emak saya menuduh suami saya menceritakan hal tak elok tentang dia (emak) kat sepupu suami, padahal tidak. ini terjadi bila emak menjemput sepupu masuk ke rumah, dan sepupu menolaknye kerana hanya hendak berbual di luar rumah & mungkin taknk menyusahkan mak sya. jd ape hukumnye jika seorang emak menuduh anak & menantunye tanpa selidik?

3. dengan siapakah perlu saya ikut ckp terlbih dahulu, emak atau suami.

4. siapakah lebih afdal menjaga emaknya? anak lelaki atau perempuan?

5. selama saya tinggal dgn emak, saya telah byk mengendahkan suami saya kerana hendak memenuhi keperluan emak, tetapi emak saya tetap mgatakan saya ni anak yg teruk. dan adakah saya berdosa sekirenya saya mengabaikan tanggungjawab saya sbg seorg isteri utk melayan sepenuhnye kpd emak? kiranya saya terpaksa mendahului emak, baru suami.

6. adakah saya menderhaka kpd emak, jika dia(emak) menuduh suami saya & saya mempertahankan kerana ia tidak benar? sbb dia akan ckp yg saya melawan dia. bagi saya, saya cuma mempertahankan suami saya.

7. benarkah seorg emak boleh ckp ape saje benda tak baik kat anak, tetapi emak tidak mendapat dosa?

itu sahaja. saya harap akan mendapat jawapan dgn detail lagi. insyaAllah sy akan ikut nasihat ustaz.

hubungan dengan emak saya kira ok tetapi kadang2 kami sering berselisihan pendapat shingga menjadi pergaduhan. dan emak kecewa dgn jawapan yg saya beri jika dia bertanya sehingga dia mengatakan saya melawan ckp dia. bagi saya, sebagai serorg berumur 30, saya hanya meluahkan pendapat saya.

contohnya, emak tidak setuju suami saya bekerja menjual kereta, tetapi saya cuma katakan yg itu shj offer yg suami dpt dan tiada offer lain lagi. tapi dia tak puas hati sbb bg dia ade byk lg peluang pekerjaan. tapi saya masih ckp tiada peluang pekerjaan lain, sudah hantar byk resume, tapi cuma itu je yg dpt. lepas tu timbul le rase tak puas hati emak terhadap suami saya. dia ckp dia tak berkenan kt suami sya sejak dari zaman saya berkawan. then dia ckp kenapa cari suami mcm tu ler, dia lebih berkenan dgn sorg lelaki ni. saya ckp, kalau dh jodoh nk buat mcm mana. then dia ckp jodoh lain, ini lain. dengan perkara2 mcm ini yg membuat emak saya ckp anak2 dia melawan ckpnya. saya tak paham.

lepas je bergaduh, emak saya ckp yg dia doakan bahawa anak2 saya akan melawan saya suati hari nanti. saya tahu, anak akan berbuat demikian, tapi bagi saya tak perlu lah berdoa seperti begitu utk cucu2nya. dan dia juga berdoa agar anak saya dpt suami seperti menantu lelaki (yg tidak digermari) supaya saya rase ape yg dia rasa. bagi saya, seorg ibu mesti sentiasa doa kebaikan utk anak2 walaupun anak tu menderhaka. tapi emak saya membuat demikian sbb kecewa dgn saya.

jd ape perlu saya buat? adakah saya perlu berdiam sahaja tanpa memberi pendapat saya?

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan, ibu bapa | Leave a Comment »

Meludah ketika solat

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Assalamualaikum,

1. Bagaimana cara hendak membuang air liur yg ada sisa makanan atau benang ketika:

a. solat bersendirian

b. solat berjemaah

2. Bagaimana dengan kahak?

Terima kasih.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat | Leave a Comment »

Cara korban

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Salam

1. Saya ingin tahu cara melakukan korban yang dianjurkan sebab saya dengar kita perlu ada (hadir bersama orang yang menguruskan korban) semasa nak masuk bahagian bagi lembu, memilih lembu dan berbagai untuk proses akad (sayapun kurang faham).

2. Selepas itu semasa proses penyembelihan perlukah kita ada dan sama-sama melapah daging. Kalau ya, bolehkah diwakilkan? Mewakilkan itu perlukah berakad?

Jazakumullahu khairan kathira.

jawapan:

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban | 3 Komen »

Adakah penama akaun Tabung Haji penerima wasiat?

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Salam
Saya ada menyimpan di Tabung Haji dan telah menamakan anak sebagai pewaris pertama dan isteri sebgai pewaris kedua.

Soalannya, selepas kematian, wang tabung haji adakah perlu difaraidkan walaupun ada penama?

Sekian. Terimakasih.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam ekonomi | Leave a Comment »

Macam mana nak kenal bid’ah

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Assalamualaikum.

Saya kurang faham tentang penentuan sesuatu hal itu bidaah atau tidak. Sebagai contoh: aqidah sifat 20 dikatakan bidaah kerana tiada nas dari al-quran atau sabdaan nabi s.a.w. bahawa sifat wajib bagi Allah itu 20. Bagaimana pula dengan pembahagian tauhid kepada tiga (rububiyah, uluhiyah dan asma wasifat) dalam salafi? Al-Quran dan nabi.s.a.w. juga tidak pernah bersabda bahawa tauhid itu terbahagi 3. Kenapa hal ini bukan bidaah walaupun tiada nas.

Contoh lain… dikatakan penentuan keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan dalam Jemaah tabligh dikatakan bidaah sebab tiada nas. Mengapa penentuan belajar agama 3 tahun, 4 tahun di jordan atau mesir bukan bidaah walaupun tiada nas? Juga mengajar sunnah pada hari dan waktu yang sama secara berterusan, mengapa ini bukan bidaah (adakah nabi mengajar demikian), sedangkan jika membaca yasin pada malam jumaat secara berterusan itu bidaah.

Dan banyak contoh-contoh lain lagi… minta respon dari para ustaz..

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam bid'ah | 2 Komen »

Was-was tentang anjing dan babi

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Salam

Yg dihormati Ustaz-ustaz,

saya ada penyakit was-was. setelah saya membaca dan menanya dalam forum ini banyak yang sudah berkurangan dan mudah dalam kerja harian saya tidak seperti dulu. was-was saya banyak dalam hal babi dan anjing.

saya ada membaca dalam forum ini dan juga membaca di tempat lain bahawa babi itu yang najis dan haram hanyalah dagingnya. Ini bermaksud tidak boleh makan daging. Ini jelas.

Saya ada juga terbaca, sekiranya terpegang kulit babi atau bulu babi dalam mazhab syafie sendiri pun tidak menyaran disertu (saya suka merujuk pada perkataan sertu berbanding perkataan samak kerana boleh memberi 2 makna) iaitu membasuh 7 kali air yang mana satu kali air tanah. Ini bermakna membasuh seperti biasa sahaja yang diamalkan seharian untuk menjaga kebersihan diri.

saya ingin penjelasan lagi adakah ini termasuk babi yang hidup? keadaan kulit dan bulu babi yang basah?

saya ada menghadapi masalah baru-baru ini. saya ada berjalan dikedai makan bukan muslim. timbul was-was tempat jalan saya kemungkinan sudah dipercik oleh minyak masak kedai masak non muslim itu. Ye lah nampak kekotoran atas lantainya yang logik pada akal dengan berdekatan tempat memasak kedai tersebut pastinya minyak-minyak masak yang terperecik dari tempat masaka atau bahan makanan di kedai yang tidak diketahui tetapi berat memikirkan bahan yang najis. Diketahui juga minyak babi juga digunakan untuk memasak. Jadi kasut / sandal saya saya letak tepi dahulu bagi memikirkan was-was ini. nak dibuang….. sayang dan takut dikategori membazir.

pada pandangan saya juga, selain dari itu..saya menunggu tapak sandal / selipar itu kering supaya zat-zat najis tersebut hilang boleh digunakan semula.

Selain dari ini saya ingin penerangan tentang anjing…anjing yang najis hanyalah jilatannya (air liur) dan yg lain adalah bersih dan tidak perlu disertu. adakah ini termasuk tahi dan kencing anjing.

saya pohon penjelasan dan adakah betul pandanagn saya dalam hal ini.

Minta maaf kerana persoalan ini panjang dan saya doakan semua ustaz-ustaz yang menjayakan al-ahkam ini secara khusus dan semua muslimin secara am di berkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Wallahu A'lamjawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Bersuci, Najis | 14 Komen »

Membawa kasut ketika tawaf

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Salam,

Ibu saya amat risaukan hajinya sah atau tidak kerana ketika tawaf, dia membawa kasut di di dalam beg plastik kerana takut hilang kasut. Apakah sah tawafnya dan hajinya?

Harap dapat penjelasan. Syukran

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam haji | Leave a Comment »

Benarkah ada hari dan cara tertentu untuk potong kuku

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 18, 2008

Salam

Sy ingin bertanyakan soalan, adakah ada dalil al-quran dan hadis sahih berkenaan dgn dapat pahala, keluar dosa, tidak dapat pahala, masuk dosa dgn mengerat kuku pd hari2 tertentu, cth nya: hari jumaat dan isnin dikatakan hari yg paling baik utk mengerat kuku kerana kerat kuku pd hari itu akan dapat pahala dan keluar dosa.
Dan ada hari yg dikatakan tidak elok untuk mengerat kuku kerana dapat dosa jika mengerat kuku pd hari itu.
Adakah ini benar..?
Jika ada dalil al-quran atau hadis sahih diharap panel feqh dpt memberikan dalil secara jelas di hari bila dapat pahala, keluar dosa atau apa yg dikatakan pd hari itu..harap soalan ini dijawab kerana jika benar,sy bimbang jika terkerat kuku pd hari yg masuk dosa.
Insyaallah, syukran…
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam bid'ah | 1 Komen »

Perempuan Berambut Pendek

DIkirim oleh mohd masri di Oktober 13, 2008

Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita | Leave a Comment »