Adakah Mentua Bukan Islam Mahram
DIkirim oleh mohd masri di September 3, 2008
ASSALAMULAIKUM..
Saya nak bertanya…
1) Jika seorang wanita islam bernikah dengan seorang lelaki cina islam…halalkah bagi dia bersentuhan kulit dengan bapa mertuanya yg cina(bukan islam).
2) halalkah bagi dia membuka aurat kepada ibu mertuanya yang cina (bukan islam)….??????????
saya buntu..harap anda dapat membantu saya…
TERIMA KASIH..
SALAM RAMADHAN.
jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1) Bapa mertuanya adalah mahram kepada wanita muslimah tersebut walaupun mertuanya bukan Islam. Ayat 31 surah Al-Nur tidak membezakan antara mahram Islam dan mahram bukan Islam.
Maka hukum-hakamnya sama dengan mahram muslim, dari segi batasan aurat, hukum berkhalwat, hukum bersalaman dan lain-lain.
rujukan: islamweb.net
2) Jika muslimah boleh membuka aurat zahirnya di hadapan bapa mertuanya yang bukan Islam, maka di hadapan ibu mertuanya adalah lebih aula.
Boleh dirujuki masalah aurat muslimah di hadapan wanita kafir di SJ-12-0295 : aurat dgn bukan muslim
Wallahu A’lam

nSh berkata
assalamu’alaikum…ustaz.. sy seorang student di IPTA.Apakah aurat sy dengan rakan sebilik non-muslim di kolej kediaman? adakah sy perlu sentiasa menutup aurat sebagaimana aurat sy dengan bukan muhrim iaitus eluruh badan kecuali kedua tapak tgn dan muka? ataupun ada nas-nas lain lain? Pernah seorang sahabat memberitahu bhw sy boleh tidak memakai kain tudung tetapi pakaian itu perlu sopan. tujuannya utk memperlihatkan Islam ini tidak berat sehingga perlu memakai kain tudung selama 24jam kerana mempunyai roomate non-muslim.. syukran jazilan.
jawapan:
Soalan: Aurat wanita muslimah di hadapan wanita non-Muslim
Ada seorang hamba Allah bertanya tentang perkara Aurat. Menurut apa yang didengar dan difahami beliau aurat bagi seorang muslimat terhadap wanita yang bukan islam adalah seluruh anggota badan. Adakah ianya benar boleh Ustaz huraikan sedikit.
Al-Jawab:
Panel Fiqh AFN: Doc abul wafaa@im3132002
‘Ulamaa’ berselisih pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat. Yang raajih menurut Shaikh Ibn Baaz (mantan Mufti’Aam KSA) adalah tidak perlu berhijab di depan mereka.
Tambahan dari Panel thtl
Punca khilaf yg dimaksudkan oleh Doc Im ialah kalimah “au Nisaa’ihinna” (atau wanita-wanita mereka) [surah alNuur:24:31] dan “Wala nisaa’ihinna” dalam surah alAhzaab: 33:55.
Pendapat alMuhaddith almarhum Mantan Mufti KSA, Syaikh Abdullah ben Baz itu merupakan pendapat madzhab Hanbali yg menetapkan wanita Islam tidak perlu berhijab kepada wanita Islam dan wanita non-Islam dari ahli Dzimmah (warga bukan Islam) [Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughni: 7/26-27] dan Syaikh Muhammad Ali aySyabuni, Rawaa’i al Bayan: Tafsir ayaat alAhkam minal Qur:an, AQ 24:31] Ini juga pendapat Madzhab Maliki yg diwakili oleh alQadhi Abu Bakar Ibn alArabi alMaliki dalam Tafsir Ahkamul Qur:an Jld 3/1371.
Manakala madzhab Syafi’iy menetapkan wanita bukan Islam sama seperti lelaki bukan mahram (maka kena berhijab). sekian
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=12937.html