DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008

Saya pernah terdengar pandangan yang mengatakan tidak elok jika dilap air wudhuk yakni air yang membasahi badan kita selepas wudhuk. Jika dilap maka muke kita tidak akan berseri-seri di kala hari kebangkitan kelak. Adakah benar pandangan seperti ini atau adakah hadis yang menyatakan dengan sahih mengenai perkara ini?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam wudhu | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008

Bagi wanita yang tidak boleh berpuasa kerana haidh, adakah dia boleh makan/minum di siang hari atau perlu juga berpuasa sebagai menghormati bulan ramadhan?
Terima kasih.
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, Wanita | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
(2) Mewajibkan lafaz niat
Membaca lafaz niat untuk berpuasa atau untuk apa-apa ibadah lain seperti wudhu dan solat sebenarnya adalah tidak perlu, jauh sekali daripada bersifat wajib. Yang wajib adalah seseorang itu mengetahui dengan sedar ibadah apa yang bakal dilakukannya. Jika seseorang itu lazimnya diganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan melintaskan di dalam hati sekadar “Inilah puasa aku” atau “Inilah solat Zohor aku”. Jika masih was-was maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan lintasan hati. Jika setelah itu masih was-was, maka janganlah diberi perhatian kerana ia tidak lain adalah permainan syaitan. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, bid'ah | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
Keempat: Beberapa sifat solat yang diremehkan.
Sebahagian orang apabila melaksanakan solat Tarawih atau mana-mana solat sunat yang lain, mereka meremehkan beberapa sifat solat atas alasan ini hanya solat sunat, bukan solat wajib. Sifat-sifat solat yang diremehkan ini ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkan terus solat tersebut. Di antara sifat solat yang diremehkan adalah:
a) Tidak membaca al-Qur’an dengan tartil.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, solat jemaah | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
oleh
Hafiz Firdaus Abdullah
1. Solat Tarawih hukumnya sunat
2. Solat Tarawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian
3. Tidak ada ketetapan bagi jumlah rakaat solat Tarawih
4. Beberapa sifat solat yang diremehkan:
Tidak membaca al-Qur’an dengan tartil.
Meninggalkan bacaan Doa Iftitah dan bacaan al-Qur’an selepas al-Fatihah.
Mengabaikan Thama’ninah.
Bersolat dengan terburu-buru.
Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat.
Tidak menjaga disiplin berjamaah
5. Berzikir di antara solat Tarawih
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, solat jemaah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
Bagaimana kita menyambut Ramadhan?
Oleh
Khairol Amin (kamin@tm.net.my)
1. Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz
2. Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008

Perkara yang ditokok tambah
(1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa
Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, bid'ah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
Assalamualaikum WBT.
Seorang saudari se Islam memberi komen di dalam blog ini. Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini. Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yg mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain. Sedang kan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, Wanita | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.
Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 2, 2008
at 7:47 AM
ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »