Had Keuntungan dalam perniagaan
DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008
Ustaz Abdul Kadir
Setelah meneliti kajian-kajian oleh ahli dan pakar dalam persoalan menetapkan keuntungan perniagaan, dan setelah mendengar perbahasan sekitarnya membuat keputusan seperti berikut:
1. Hukum asal yang diperakui oleh nas-nas dan kaedah-kaedah syara’ memberi kebebasan kepada orang ramai dalam urusan jual beli, menguruskan barang-barang dan harta mereka di bawah peruntukan-peruntukan hukum-hakam syariah dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, sebagai mempraktikkan firman Allah S.W.T: (Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil, melainkan kamu mengadakan urusan perniagaan sesama yang saling meredhai.”
2. Tidak ada had keuntungan tertentu yang ditetapkan kepada para peniaga di dalam perniagaan mereka. Bahkan ianya diserahkan kepada mereka berdasarkan situasi-situasa umum perniagaan, situasi peniaga dan barang perniagaan dengan meraikan adab-adab yang dituntut oleh syariah seperti bertimbangrasa, rasa cukup, kemurhan hati dan memberi kemudah.
3. Himpunan nas-nas syara’ menunjukkan wajibnya perniagaan itu bebas daripada anasir-anasir haram seperti penipuan, helah pemalsuan, mengelirukan, memalsukan keuntungan sebenar dan memonopoli barang yang akan memudharatkan individu dan masyarakat.
4. Pemerintah tidak masuk campur untuk menentukan harga barang melainkan jika berlaku ketidakseimbangan yang jelas dipasar dan pada harga-harga barang, ketika itu pemerintah masuk campur dengan cara yang adil yang dapat menghalang dari faktor-faktor dan sebab-sebab ketidakseimbangan, kenaikan harga, penipuan, dan kejahatan.
قرار رقم : 46 (8/5)
تحديد أرباح التجار
مجمع الفقه الإسلامي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي 16/2/1429
23/02/2008
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي المنعقد في دورة مؤتمرها الخامس بالكويت من 1-6 جمادى الأول1409هـ الموافق10-15 كانون الأول (ديسمبر)1988م،
بعد اطلاعـه على البحوث المقدمة من الأعضاء والخبراء في موضوع تحديد أرباح التجار ، واستماعه للمناقشات التي دارت حوله ،
قرر ما يلي :
أولاً : الأصل الذي تقرره النصوص والقواعد الشرعية ترك الناس أحراراً في بيعهم، وشرائهم، وتصرفهم في ممتلكاتهم وأموالهم، في إطار أحكام الشريعة الإسلامية الغراء وضوابطها ، عملاً بمطلق قول الله تعالى : (يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم ) .
ثانياً : ليس هناك تحديد لنسبة معينة للربح يتقيد بها التجار في معاملاتهم ، بل ذلك متروك لظروف التجارة عامة، وظروف التاجر والسلع ، مع مراعاة ما تقضي به الآداب الشرعية من الرفق، والقناعة، والسماحة، والتيسير .
ثالثاً : تضافرت نصوص الشريعة الإسلامية على وجوب سلامة التعامل من أسباب الحرام وملابساته كالغش ، والخديعة ، والتدليس ، والاستغفال ، وتزييف حقيقة الربح، والاحتكار الذي يعود بالضرر على العامة والخاصة .
رابعاً : لا يتدخل ولي الأمر بالتسعير إلاّ إن حدث خلل واضح في السوق والأسعار ، ناشئ من عوامل مصطنعة ، فإن لولي الأمر حينئذ التدخل بالوسائل العادلة الممكنة التي تقضي على تلك العوامل وأسباب الخلل والغلاء، والغبن، الفاحش .
والله الموفق


ILA berkata
sy nak tanya mcm na hukum lau kita jual sesuatu brg yg mmg harganya mhl d sesuatu kwsan tsbt tp d kwsn lain brg tersebut murah…klu nak ke kwsn trsbt kna ambil kos .jd adakah xblh mengaut keuntgn sdgkan hrga yg dtwarkan mmg standart dgn harga d tmpt tsbt wp hrga d tmpt lain mura sblm dijual smla?sdgkan dlm subjek eko ada diskriminasi geografi dalam perniagaan..
aslm wbt boleh sahaja tiada masalah.
Aswad berkata
Assalammualaikum ustaz,
Saya nak tanya mengenai hasil daripada kita sebagai rakan kongsi,
sebagai contoh kita di pelawa menjadi rakan kongsi,disyaratkan memasukkan sejumlah wang,dan dari wang itu mereka akan membayar sebanyak 10% dari wang itu tadi.Difahamkan 10% perbulan cth : kalau kita bagi RM1000 kita akan dibayar sebanyak RM1000 perbulan.
Apa pandangan uztaz ? Adakah ianya dibenarkan dalam Islam.
Aslm wbt.
Tidak dibenarkan sebarang pulangan yang fix sebegini rupa. Yang boleh ialah peratusan daripada jumlah keuntungan setiap bulan, bukan peratusan daripada jumlah wang yang dilaburkan. Apabila menjadi rakankongsi, rugi dan untung mesti dikongsi bersama.