Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Anggota Sujud

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

assalamualaikum wbt

Saya ada sedikit kemusykilan tentang solat.
Sepengetahuan saya, anggota2 yang wajib bersentuh dgn bumi ketika sujud adalah:
1. dahi
2. dua tapak tangan
2. kedua lutut
4. Kedua tapak ibu jari kaki.

soalan saya:
a. adakah hidung juga wajib bersentuh dgn bumi?
b. bagaimana kalau ketika sujud, tgn atau tapak ibu jari kaki kita bergerak2 kecil (tapi masih bersentuh dgn bumi). Adakah sah solat kita?

Di harap dapat respon kpd soalan saya.

Terima kasih.

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

a) Dalam hadis yang masyhur tentang anggota sujud yang diriwayatkan oleh Bukhari (no: 779) dan Muslim (no: 490) Nabi SAW menyebut anggota sujud ialah tujuh anggota, antaranya DAHI, tanpa menyebut hidung. Tetapi ketika menyebut dahi, baginda menunjukkan ke arah hidung.

Maka dari sini timbul perselisihan adakah meletakkan hidung wajib ataupun sunat sahaja.

Namun, pendapat yang mengatakan wajib dikuatkan dengan riwayat Muslim, Nabi SAW menaskan dengan kata-kata “Aku diperintahkan sujud di atas tujuh (anggota); dahi, hidung, dua tangan, dua lutut dan dua kaki”.

Walaupun bergitu, hidung tidak dianggap satu anggota. Cuma dikira sebagai ikutan kepada dahi.

Ulama yang berpendapat sunat pula mentakwilkan suruhan sujud di atas hidung sebagai suruhan sunat.

b) pergerakan kecil di dalam solat tidak menjejaskan sahnya solat. Begitu juga ketika sujud, selagi anggota-anggota sujud masih tetap di atas tanah.

Wallahu A’lam

al-ahkam

2 Respons kepada “Anggota Sujud”

  1. ILA berkata

    adakah masih sah solat seseorang jika dia merasa was2 mcm ada terkeluar ssuatu yg blh mmbtalkan slt sms solat…klu kejadian trsebut sll brlaku adakah btal sume slt yg dlkukan krn tdk tahu cr mngelakkannya..
    2. adakah semua yg keluar dr qubul dan dubul itu haram?dan kalau hendak solat perlu mnukar seluar krn ada ccair wp bukan air kencing?

    aslm wbt

    1) was2 itu perlu di abaikan dan teruskan solat, slps mengambil wudhu maka jika mahu dikatakan batal perlu ada bukti ia batal, cth kalau kentut ada bunyinya, kalau was2 terkentut atau x maka dikira belum batal wudhu.

    2) cecair di seluar, hukum sesuatu adalah suci, seluar adalah suci, sekiranya kita pasti itu air kencing, maka ia najis, jika xpasti maka ia still suci n solat sah.

    wallahua’alam.

  2. mizz berkata

    assalamualaikum..
    saya nak tahu..sekiranya seseorang wanita itu..bersembahyang dengan memakai bedak sejuk di seluruh muka kecuali dahinya..
    adakah sah solatnya itu?

    Assalamualaikum wbt.

    Insya-allah solatnya sah.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>