Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 9 Julai 2008

Had Keuntungan dalam perniagaan

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

Ustaz Abdul Kadir

Majlis Kesatuan Fiqh Islami pada persidangan ke- 5 di Kuwait dari 1-6 Jumadilawwal 1409 bersamaan 10-15 Disember 1988M.

Setelah meneliti kajian-kajian oleh ahli dan pakar dalam persoalan menetapkan keuntungan perniagaan, dan setelah mendengar perbahasan sekitarnya membuat keputusan seperti berikut: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam ekonomi | 2 Komen »

Hukum Berdoa kepada pemerintah

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008


Soalan:

Apakah doa kepada pemimpin termasuk dalam perkara asas Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah? Saya mengharapkan penjelasan dalam perkara ini.

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam doa | Leave a Comment »

Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi Tentang Mubahalah

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008


ليست المباهلة خاصة بالرسول صلى الله عليه وسلم مع النصارى ، بل حكمها عام له ولأمته مع النصارى وغيرهم ، لأن الأصل في التشريع العموم ، وإن كان الذي وقع منها في زمنه صلى الله عليه وسلم في طلبه المباهلة من نصارى، فهذه جزئية تطبيقية لمعنى الآية لا تدل على حصر الحكـم فيها
Maksudnya: “Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda samaada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadan itu sahaja.” (Bil. Fatwa: 6238)

Dikirim dalam sumpah | Leave a Comment »

Hukum-Hakam Mubahalah

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

Hukum-Hakam Mubahalah

Al-Mubahalah (المباهلة) membawa maksud al-Mula’anah (الملاعنة) iaitu saling laknat melaknati. Dalam ertikata lain, saling berdoa diturunkan laknat ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah. (Sila lihat al-Qamus al-Muhith)

Mubahalah ini suatu yang dibenarkan (disyariatkan) di dalam Islam bertujuan menyatakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan, juga untuk menegakkan hujah ke atas orang yang berpaling dari kebenaran setelah kebenaran itu ditegakkan ke atasnya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam sumpah | Leave a Comment »

Adakah paha lelaki aurat?

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

Salam

dulu saya ada baca artikel dlm AAN, “aurat lelaki menurut neraca hadis”, dalam tulisan tu, macam nak kata tiada dalil sahih yg kata peha tu aurat.

tapi kemudian saya terjumpa satu tulisan yg kata ada hadis berbunyi: “peha itu aurat” dan ditulis Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2796, 2797) dari Ibnu ‘Abbas dan Jarhad al-Aslami radhiyallaahu ‘anhum. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 4280).

mohon ahli panel kemukakan hadis tersebut dlm bahasa arab, dan jika ia benar sahih, bagaimana nak memahami percanggahan ini? adakah dakwaan dalam artikel di atas ditolak?

sekian, terima kasih.

Wassalam

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aurat | Leave a Comment »

Jual Tanah Dan Berhutang Untuk Pergi Haji

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

Assalamualaikum…
Ingin minta pandangan & hukum dari ustaz ttg situasi dibawah :

1- Sseorang mempunyai sebidang tanah pusaka. Jika nak mengharapkan pendapatan harian,dia tak dapat pergi haji.Lalu menjual tanah pusaka tersebut.

2- 5 orang anak telah berpakat untuk membuat pinjaman Bank sebanyak RM10,000 untuk membiayai emak mereka untuk ke Mekah (haji).

Soalan : Adakah 2 situasi diatas menghukum mereka WAJIB pergi ke Mekah walaupun terpaksa meminjam/menjual tanah?

minta pencerahan dari ustaz

Syukran Yellow Wink

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam haji | Leave a Comment »

Anggota Sujud

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

assalamualaikum wbt

Saya ada sedikit kemusykilan tentang solat.
Sepengetahuan saya, anggota2 yang wajib bersentuh dgn bumi ketika sujud adalah:
1. dahi
2. dua tapak tangan
2. kedua lutut
4. Kedua tapak ibu jari kaki.

soalan saya:
a. adakah hidung juga wajib bersentuh dgn bumi?
b. bagaimana kalau ketika sujud, tgn atau tapak ibu jari kaki kita bergerak2 kecil (tapi masih bersentuh dgn bumi). Adakah sah solat kita?

Di harap dapat respon kpd soalan saya.

Terima kasih.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat | 2 Komen »

sahabat Nabi ada teman wanita pelacur?

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

Quote:
Maksudnya: “Penzina lelaki tidak bernikah melainkan penzina perempuan atau perempuan musyrik dan penzina perempuan tidak bernikah melainkan dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik; dan penzina lelaki dan perempuan adalah diharamkan bagi orang2 beriman.” (3: An-Nur)

Maksud kepada penzina adalah pelacur berdasarkan sebab turunnya ayat al-Quran ini:

Sesungguhnya [b]Marthad bin Abi Marthad teman wanita pelacur bernama ‘anaq[/b]. Lalu dia berjumpa Nabi s.a.w dan bertanya “Bolehkah aku berkahwin dengan ‘Anaq?” Maka Rasulullah s.a.w hanya berdiam diri. Lalu turunlah ayat ini (ayat 3 surah An-Nur). Maka baginda memanggil daku dan membacakan ayat ini serta berkata:

لا تنكحها

Maksudnya: “Janganlah kamu menikahi dia” (Hr Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie – sanad sahih)

dipetik daripada http://akhisalman.blogspot.com/

Salam
1.berdasarkan hadis di atas, adakah sahabat yang bernama Marthad itu mempunyai teman wanita? adakah ini diingkari oleh Nabi?
2.apa sebenarnya hukum hubungan sebelum kahwin macam tu? saya dapati ulama seperti syeikh ibn uthaimin mengharamkan langsung hubungan lelaki-perempuan sebelum bernikah melainkan dalam beberapa urusan sahaja, tapi selepas baca hadis di atas, ia adalah sesuatu yang baru bagi saya.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam sirah | Leave a Comment »

Tukar Nazar

DIkirim oleh mohd masri di Julai 9, 2008

Sahabat saya telah bernazar untuk belanja makan kambing bakar tetapi baru-baru ini dia menyatakan ingin menukar nazarnya itu dengan belanja makan durian…adakah beliau dibolehkan menukar nazarnya…

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam nazar | Leave a Comment »