Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Julai 2008

Betis dan Peha Bukan Aurat?

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Dikirim dalam Aurat | 2 Komen »

HUKUM MAKAN DIDALAM BEKAS MAKANAN AHLI KITAB (KAFIR)

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Dikirim dalam Makanan, non muslim | 2 Komen »

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Sya’ban

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Ustaz Fadlan Bin Mohd Othman

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Sya’ban:

Di dalam bulan Sya’ban, terdapat beberapa ajaran daripada sunnah Rasulullah s.a.w. yang dapat diamalkan oleh seseorang muslim. Di antaranya ialah seperti berikut: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Puasa, sunnah | Leave a Comment »

SOAL JAWAB :”PERBEZAAN PENDAPAT DIKALANGAN UMATKU ADALAH RAHMAT” ADAKAH HADITH PALSU???

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

hafizdasar.com

Posted in July 26th, 2008

Soalan

Diantara hadith yang sering dilaung-laungkan dalam bab perbezaan pandangan pendapat dikalangan ulama’ adalah “Perbezaan pandangan diantara umatku adalah rahmah”. Apakah taraf hadith ini?.Sahih ataupun Daif?.

p-dot : http://inniakhafullah-admin.blogspot.com/

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hadith | 1 Komen »

Kahwin Ketika Mengandungkan Anak Zina..

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

hafizdasar.com

Posted in July 27th, 2008

Soalan

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya
seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

ammar : http://www.ammarsunnisalafi.blogspot.com/

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan, seks | 1 Komen »

Hukum Seorang Lelaki Mengahwini Wanita yang Berzina Dengannya

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Ust. ABDUL kADIR

Oleh: Majlis Kajian dan fatwa Eropah

Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hubungan Lelaki Perempuan, Perkahwinan, seks | Leave a Comment »

Menyambut Isra’ dan Mi’raj

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Ust. Abdul Kadir


Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:
sumber: islamonline.net

Salah seorang ulama hadith dari kurun ke 7 bernama Abu al-Khattab ‘Umar bin Dahya, yang menulis kitab “Ada’ la wajaba fi bayan wad’ie al-wadhdha’ien fi syahr Rajab” menyebut di dalamnya: “Sesungguhnya sebahagian para Qusshas (pereka-pereka cerita) ada yang menyebut kononnya Nabi SAW diisra’kan pada bulan Rejab.” Katanya (Abu al-Khattab): “Ini suatu pembohongan.” Kenyataan ini diakui oleh Khatimatul al-Huffadz al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani pensyarah kitab hadith al-Bukhari yang terkenal. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam bid'ah | Leave a Comment »

Ringkasan Sifat Solat

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Ust abdul kadir

Kata Pengantar
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله, ونصلي ونسلم على رسول لله, وعلى اله وصحبه أجمعين, وبعد
Risalah ringkas sifat solat ini disusun sebagai bahan panduan mudah dan ringkas untuk setiap individu muslim dalam menyahut seruan Nabi saw :
صلوا كما رأيتموني أصلِّي
“Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat”[1]

Di dalam risalah ini, saya hanya menyebut petunjuk sesuatu hadith tanpa saya datangkan hadith secara lengkap. Ini bagi memenuhi tujuan asal risalah ini ditulis dalam bentuk ringkasan. Kebanyakan rujukan di bahagian nota kaki itu, saya tidak melihatnya sendiri dari kitab-kitab asal hadith, kebanyakannya saya hanya bersandar kepada nota-nota kaki yang dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam bukunya Sifat Solat Nabi saw. Risalah ini saya tulis dengan ringkas, sambil dinyatakan sumber hadithnya, sebagai menandakan amalan ibadah kita mestilah diambil dari Nabi saw melalui hadith-hadith yang Thabit[2] berdasarkan hukuman yang diberi oleh para ulama hadith di dalam kitab-kitab mereka.

Sesungguhnya semua insan yang beragama, memiliki cara ibadat untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Cuma bezanya umat Muhammad saw, kita mendekatkan diri kepada Allah swt dengan melakukan ibadat sepertimana yang dikehendaki oleh Allah melalui lidah RasulNya saw. Walaupun pada sebahagian ibadah, sebahagian nafsu umat Islam merasakan ianya tidak memadai, lalu mereka tambah bagi memuaskan nafsu dan mereka namakannya sebahagai hasanah (perkara yang baik). Yang sebenarnya bukanlah begitu, kerana asas dalam ibadah ini bukanlah berdasarkan rasa puas nafsu keinsanan. Sebaliknya ibadah hendaklah ikhlas dan bertepatan dengan cara yang dilakukan oleh Nabi saw. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat | Leave a Comment »

Hukum Bunuh Diri dan Menyembahyangkan Jenazahnya

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Ust. Abdul Kadir

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Jenazah | Leave a Comment »

Berat atau ringannya jenazah tidak menunjukkan apa-apa petanda

DIkirim oleh mohd masri di Julai 31, 2008

Ust. Abdul Kadir

Tidak terdapat sebarang bukti dari syariat Islam yang menunjukkan orang yang jahat jenazahnya akan menjadi berat manakala orang baik jenazahnya menjadi ringan. Cuma sebahagian ahli fekah kemudian ini ada yang menukilkan apa yang terdapat di dalam Hasyiah kepada Nihayah al-Muhtaj (2/446) yang ada menyebut:

إذا خفت فصاحبها شهيد ; لأن الشهيد حي ، والحي أخف من الميت
Maksudnya: “Jika ringan (sesuatu jenazah), maka orang itu mati syahid, kerana orang yang mati shahid itu sebenarnya hidup, dan orang yang hidup lebih ringan daripada mayat…”
Sebenarnya kenyataan ini tidak ada bukti sama sekali. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Jenazah | Leave a Comment »